Thursday, November 4, 2010

tak suka sangat

#1 : semalam

"wanie tolong mama PETIK TAUGEH.."
"maaaaaaaaaaaa.. tanak laa please.. ganti ngan mop lantai ok?"

petik taugeh = membuang ekor taugeh

boleh bernanah bijik mata menghadap taugeh tu..
salah satu benda yang paling tak disukai

#2 : pagi ni

masa tengah online kat bilik bawah, dah siap duduk dengan selesa atas kerusi mengadap laptop tetiba kaki rasa macam terpijak getah (dah biasa sebab iqbal suka study and buat kerja sekolah dalam bilik ni, so ingat barang2 dia bersepah dan memang bajet pijak getah).. tapi pelik sebab getah rasa cam sejuk sikit pastu cam boleh bergerak, rasa geli2 je kat tapak kaki.. sekali pandang tengok ANAK CICAK WARNA HITAM!!! *tak perlu dijelaskan tahap ketakutan dan tindakan yang diambil*

SERIOUS memang benci & geli gila dengan cicak sebab ianya salah satu spesis yang menggelikan.. die cicak die!!!!!!!!

update harini

bila tengah basuh baju, nak bilas air sabun tetiba air takda.. majal!!!
*memang menyumpah ringan dalam hati*

update lagi

harini cuti perayaan. tadi keluar pegi cuci kereta. nak balik rumah lalu dekat zoo. terlupa! so secara tak lansung sangkut jalan jam 20 minit sebab nak balik rumah kena lalu ikut zoo.(padahal dari zoo ke rumah 3 minit SAHAJA) semua orang nak tengok binatang, semua orang nak parking best, so semua orang parking tepi jalan ikut sedap tekak, semua orang pun nak jalan, tapi jalan dah jadi satu lane!!

*terasa bodoh, membazir masa je lalu ikut zoo.. tau masuk melawati.. cisss* tak suka hokayh!

Monday, November 1, 2010

saya suka

pictures worth a thousand words :)

-senja-

-view dari bilik-

-choclate sundae-


-beef lasagna-

SELAMAT PENGANTIN BARU~

untuk abg yus dan kak nisa!!
semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.. amin~


ps : abg yus memang pengantin sempoi la.. sikit pun tak nampak nervous.. :) satu je tak best aritu, tak sempat nak bergambar dengan pengantin.. :( sedih je rasa.. takpela, nanti kitaorg balik ipoh kita jumpa ye, dapat la kitaorg meraikan abg yus & kak nisa.. tahniah!

Friday, October 29, 2010

29 Oct '10

paling best harini sebab tak payah kerja tapi dapat jalan-jalan dengan mama and fully sponsored by mama.. Huhuhu seronok!

Pegi salon, pegi shopping.. dah beberapa hari asik stress je, bila dapat jalan-jalan 2 orang je dengan mama rasa lega sikit.. Thanks ma! Love u.. Oowh paling best sekarang tengah berurut kat pavilion sambil berblogging.. Ok sekarang rasa nak tido dah.. Daaa

Thursday, October 28, 2010

rindu

yang teramat.

K.L.M.J

kenangan masa zaman kecik2.

Tuesday, October 26, 2010

happy birthday adik!

hoi birthday main sebelah2 dengan abg perusss pulak.. hehehe
happy birthday iqbal..
sila belajar rajin-rajin untuk spm..
nanti boleh dapat hadiah double triple..
banyak wwoooooo.. ihihihi




kakak wish awak yang terbaik for everything..
sila jangan selalu menyakitkan hati gua jugak..
love u always..

*kakak.

Monday, October 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

happy birthday my dear husband!! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, sentiasa.. insyallah, amin.

hadiah dah dapat awal-awal, birthday treat dah bagi jugak semalam.. malam ni pegi tempat lain pulak ok? heheh kita celebrate 3 hari 3 malam k? hahahah..

i love you so much sayang!

semoga kita berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang comel! *hihihihihih ai suka laaa*

-kalau dah suaminya suka main game, anaknya nanti?-

Thursday, October 21, 2010

hari sudah..

yay, happy happy dapat tengok paramore!! tapi tak puas.. i want more!! heheh, paramore was superrrrrrrrrrrrrrrrrbb! went with hubby izzah and joii (2 orang yang dah lama terpisah tapi berjumpa kembali untuk paramore..)
entri ni tak dapat disertakan dengan gambar paramore sebab kualiti gambar lebih kepada menyakitkan mata, so saya tanak mata kamu-kamu nanti rosak. heheheh, set lagu yang paramore bawak pun best2.. semua yang nak ada.. especially when it rains & looking up (personal fav.) jumpa orang-orang terkenal jugak kat sana yang takkan disenarai pendekkan nama orang-orang itu. nanti kata jakun pulak, hahahaha.. ish rasa nak tulis panjang2 je pasal paramore ni tapi tatau ayat apa nak guna sebabnya tak boleh nak describe dengan kata-kata.. sape yang pergi je tahu apa perasaan dia! owh y2k opening band pun power.. lama dah tak tengok y2k live in action,tetiba jadi opening band..



*ada orang pegi concert pakai heels yang macam nak catwalk atas stage.. wuttafuck? pastu haaaa dah terkehel kaki jalan tempang2.. tau tak baik, tapi tak tahan tengok terus tergelak*

habis concert pergi makan dekat uptown, mmmm nyum nyumm.. makan fried oyster dengan lala sweet sour dengan nasi goreng.. lapar owh lepas concert, dah penat menginja.. hehehe.. lepak lama sikit dengan joii & izzah borak2 suka2.. ooowh lupa jumpa jojo ngan razzy jugak masa kat concert & kat uptown! ihihih

****************************************************************

esoknya lepas concert, husband and wife ambik cuti.. so alang2 dah cuti ni berjalan sakan la sebabnya dah lama tak buat aktiviti macam tu lepas kahwin ni.. dari satu tempat ke satu tempat kitaorg pergi.. dapat makan meatballs ikea lagi, bestnya!! buat movie marathon, main game - main daytona jerit2 macam budak kecik (suka gila), pegi urut-urut, macam-macam laa.. tapi yang best kita ada gambar dengan avatar, shitt apa ntah nama character tu.. lupa laa.. orang biru je kita panggil.. tu yang paling best! heheheh


pastu bila balik rumah, terus flat dan tertido. *boring je* hihih

Thursday, October 14, 2010

19 Oct

harini adam lambert live in malaysia..
frust gila tak dapat pergi. penat je suka-suka dia masa American Idol..
pastu semalam ayah kata, dia jumpa Adam kat Hilton..
*kenapa mesti ayah je yang lucky? boring gila...*
oh ye semua Adam Lambert duduk kat Hilton. (so kalau suka sangat pergi serbu sana, mana tau ada luck dapat jumpa)

tapi takpela, sebabkan dulu masa sekolah ada belajar EKONOMI - melepaskan pilihan kedua terbaik, so terpaksa lepaskan concert Adam Lambert dan pergi ke concert Paramore.. yay!!!!! harini 14 Oct.. lagi 5 hari = 19 Oct boleh tengok Paramore.. yay yay yay!!



ada 4 tiket untuk saya,suami,joii & izzah.. huuhu tak sabar!