Monday, May 31, 2010

tatau mana nak start

cuti wesak on friday arituh,kiky ajak pegi picnic & bbq.. so berpicnic la kami ke ulu yam,sg sendat.. sampai sesat2 barat.. jauh ke dalam tempat tu,tapi tempat best and cantik.. dah lama tak pegi sana,sampai jalan semua tak ingat.. masa sampai sungai sendat,ada pakcik yang jaga tempat tu.. (sekarang masuk dah kena bayar,tapi toilet still macam haram.. kenapa tempat picnic toilet mesti macam haram? kerajaan malaysia,sila ambil perhatian kes macam ni)..

jadi berbalik kepada pakcik tu,korang mesti pernah tengok movie matsalleh yang macam, korang satu geng pergi picnic pastu terjumpa satu orang ni yang konon2 baik,tapi rupanya psycho cam suka bunuh2 orang dalam diam kan? haa,pakcik tu macam tu la lebih kurang.. dia macam sewel,tapi dia tader la macam nak bunuh2.. dia membebel apa ntah,antara paham dengan tak je.. tetiba dia cakap "haa mandi tu cantik-cantik.. ini tempat manusia yang reka,tempat asalnya kepunyaan hantu..." hello pakcik,perlu ke mentioned ayat HANTU itu? orang kata mulut jangan celupar kalau pegi tempat2 macam tu..haih,pakcik la pakcik..

ngam je time nak balik,pas tukar baju pe semua hujan pun turun.. sementara nak sampai kat kerata,baju pun basah balik.. haih,baik mandi hujan je.. cisss.. sumpah balik picnic,badan lenguh2 macam orang keja kontrak.. naik turun tangga kat rumah,kaki menggigil.. hehehehehe


*****************************
malam tu pulak,sambung lepak dengan kiky lagi,dia ajak pegi tengok PRINCE OF PERSIA.. sebenarnya cerita2 macam tu kurang minat,tapi....... ye ada tapi... prince of persia ni sumpah best.. JAKE GYLENHAAL pulak, eh eh, kenapa handsome tetiba ni? eh eh.. suka la tengok dia.. hahahaha.. tapi serious,prince of persia best.. tak sangka..
habis movie around 12am macam tu.. sekali datang satu dugaan,ticket parking pulak faulty.. tekan butang help kat machine bayar parking tu,sorang pun tak jawab.. lahanat.. jumpa guard pulak,macam ayam ngan itik.. cakap melayu tak paham,speaking tak paham.. baghal betol.. dekat setengah jam cuba try settle pasal parking.. takkan nak biarkan kereta kat parking.. macam bodoh kan? ntah apa nasib,sekali orang parking tu ada pulak.. nways thank u la cik abang sebab tolong saya,tapi sorry la jugak sebab sebelom cik abang tolong tu kena sound tepet dengan saya.. kerja buat la cara kerja dodol,jangan bagi alasan bodo.. hiiissshhhh
******************************
pastu hari ahad,semalam.. kiky ajak naik bukit tinggi.. wah,cuti2 malaysia la cik kiky ni.. tapi sorry ye saya tak dapat join la ky,last minit sangkut pulak.. ada hal tetiba2.. nanti kalau ada rezeki kita cuti2 malaysia lagi k..
******************************
ps : khamis lepas,masa nak balik kerja,terserempak dengan orang gila.. tetiba,sampai kat satu junction,dia berhenti.. makin lama seluar dia makin kebawah pastu tetiba dia mencangkung,HOI berak tengah2 jalan yap kwan seng!!!!!!!! gila kering!!!!! hahahahaha.. eeeewwwww~ gambar ada,tapi.. alamak,perlu ke upload?? geli dow.. selamba tangkap gambar orang gila berak.. hahahahahhaah!!
******************************
pastu semalam malam pegi pelita.. order air coke.. ntah macam mana ais yang dia bagi ada biji limau and perasa limau.. cibai,terus nak muntah kat situ jugak.. dorang ni tak basuh cawan ke? kenapa ada biji limau and rasa limau.. tolong la,limau-limau ni loya ok.. tatau ke yang saya ni tak boleh dengan limau.. bau pun nak muntah,ni pulak masuk mulut.. gila apa?? type pasal limau pun rasa nak muntah.. macam mana ni? ada tak cure untuk tidak pening/rasa nak muntah bila ada bau limau atau limau di depan mata? tolong saya please..

1 comment:

ANXP said...

oplod la dowh gambar org tgh berak tu!