Friday, October 29, 2010

29 Oct '10

paling best harini sebab tak payah kerja tapi dapat jalan-jalan dengan mama and fully sponsored by mama.. Huhuhu seronok!

Pegi salon, pegi shopping.. dah beberapa hari asik stress je, bila dapat jalan-jalan 2 orang je dengan mama rasa lega sikit.. Thanks ma! Love u.. Oowh paling best sekarang tengah berurut kat pavilion sambil berblogging.. Ok sekarang rasa nak tido dah.. Daaa

Thursday, October 28, 2010

rindu

yang teramat.

K.L.M.J

kenangan masa zaman kecik2.

Tuesday, October 26, 2010

happy birthday adik!

hoi birthday main sebelah2 dengan abg perusss pulak.. hehehe
happy birthday iqbal..
sila belajar rajin-rajin untuk spm..
nanti boleh dapat hadiah double triple..
banyak wwoooooo.. ihihihi




kakak wish awak yang terbaik for everything..
sila jangan selalu menyakitkan hati gua jugak..
love u always..

*kakak.

Monday, October 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

happy birthday my dear husband!! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, sentiasa.. insyallah, amin.

hadiah dah dapat awal-awal, birthday treat dah bagi jugak semalam.. malam ni pegi tempat lain pulak ok? heheh kita celebrate 3 hari 3 malam k? hahahah..

i love you so much sayang!

semoga kita berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang comel! *hihihihihih ai suka laaa*

-kalau dah suaminya suka main game, anaknya nanti?-

Thursday, October 21, 2010

hari sudah..

yay, happy happy dapat tengok paramore!! tapi tak puas.. i want more!! heheh, paramore was superrrrrrrrrrrrrrrrrbb! went with hubby izzah and joii (2 orang yang dah lama terpisah tapi berjumpa kembali untuk paramore..)
entri ni tak dapat disertakan dengan gambar paramore sebab kualiti gambar lebih kepada menyakitkan mata, so saya tanak mata kamu-kamu nanti rosak. heheheh, set lagu yang paramore bawak pun best2.. semua yang nak ada.. especially when it rains & looking up (personal fav.) jumpa orang-orang terkenal jugak kat sana yang takkan disenarai pendekkan nama orang-orang itu. nanti kata jakun pulak, hahahaha.. ish rasa nak tulis panjang2 je pasal paramore ni tapi tatau ayat apa nak guna sebabnya tak boleh nak describe dengan kata-kata.. sape yang pergi je tahu apa perasaan dia! owh y2k opening band pun power.. lama dah tak tengok y2k live in action,tetiba jadi opening band..



*ada orang pegi concert pakai heels yang macam nak catwalk atas stage.. wuttafuck? pastu haaaa dah terkehel kaki jalan tempang2.. tau tak baik, tapi tak tahan tengok terus tergelak*

habis concert pergi makan dekat uptown, mmmm nyum nyumm.. makan fried oyster dengan lala sweet sour dengan nasi goreng.. lapar owh lepas concert, dah penat menginja.. hehehe.. lepak lama sikit dengan joii & izzah borak2 suka2.. ooowh lupa jumpa jojo ngan razzy jugak masa kat concert & kat uptown! ihihih

****************************************************************

esoknya lepas concert, husband and wife ambik cuti.. so alang2 dah cuti ni berjalan sakan la sebabnya dah lama tak buat aktiviti macam tu lepas kahwin ni.. dari satu tempat ke satu tempat kitaorg pergi.. dapat makan meatballs ikea lagi, bestnya!! buat movie marathon, main game - main daytona jerit2 macam budak kecik (suka gila), pegi urut-urut, macam-macam laa.. tapi yang best kita ada gambar dengan avatar, shitt apa ntah nama character tu.. lupa laa.. orang biru je kita panggil.. tu yang paling best! heheheh


pastu bila balik rumah, terus flat dan tertido. *boring je* hihih

Thursday, October 14, 2010

19 Oct

harini adam lambert live in malaysia..
frust gila tak dapat pergi. penat je suka-suka dia masa American Idol..
pastu semalam ayah kata, dia jumpa Adam kat Hilton..
*kenapa mesti ayah je yang lucky? boring gila...*
oh ye semua Adam Lambert duduk kat Hilton. (so kalau suka sangat pergi serbu sana, mana tau ada luck dapat jumpa)

tapi takpela, sebabkan dulu masa sekolah ada belajar EKONOMI - melepaskan pilihan kedua terbaik, so terpaksa lepaskan concert Adam Lambert dan pergi ke concert Paramore.. yay!!!!! harini 14 Oct.. lagi 5 hari = 19 Oct boleh tengok Paramore.. yay yay yay!!



ada 4 tiket untuk saya,suami,joii & izzah.. huuhu tak sabar!

Thursday, October 7, 2010

monyet jahat

tajuk besar paper Star harini : KILLER MONKEY

sangat kesian baca pasal this Indian couple yang baru je dapat first-born child dan baru je berumur 4 hari, tapi dah kena curi dengan monyet/kera liar .. not only the baby kena curi tapi siap kena gigit-gigit pastu monyet tu lepaskan baby tu dari bumbung.. "the baby died when it fell to the ground"

bayangkan perasaan seorang ibu, yang penat-penat mengandung 9 bulan, bawak perut besar kesana sini, pastu sakit masa nak deliver baby and 4 days later baby dah tak ada sebab monyet jahat!!! sangat kesian ok.. tak sampai hati baca paper harini..

kenapa saya tulis entri ni? sebabnya rumah saya tak kurang hebat jugak dengan serangan monyet-monyet liar ni.. cuma monyet-monyet ni belum bertindak GANAS lagi.. setakat lari-lari, makan buah dari pokok haa macam tu laa.. tapi kita ni manusia memang takut la, sebab binatang tetap binatang tambah pulak kalau dah memang spesis liar..

dan secara kebetulan semalam saya ada snap gambar monyet ni, tatau apa spesis.. tapi muka hitam, ekor hitam.. nampak jahat sangat.. selalu ada je kat area rumah.. menakutkan!! lepas ni kena becareful..


haa ni la, nampak jahat kan.. dah la selalu tenung2 kalau orang tgh basuh baju.. mana ada takut!!

oowh dekat paper tu jugak ada tulis ayat ni : "... was the first such case in the state, and believed the male monkey was attracted by a female kept captivity as a PET by the family".. haa, encik hanep, macam mana dengan beruk belaan anda di belakang rumah tu.. sila ambil ikhtibar.. renung2kan dan selamat beramal!!

-kat bawah ni ada link untuk previous post pasal monyet in my blog-
related link - MY PET J
related link - SERANGAN MONYET
related link - THANK U JOII
related link - MENGHALAU KERA

Wednesday, October 6, 2010

ada je yang dengki

hahaha nak terasa lebih pulak.. eyy apa saja la weyy, relax ok?

blog ni gua tulis secara GENERAL/AM.. jadi kalau lu semua yang baca ni nak terasa, atau terasa tulisan dalam blog ni macam ada kena mengena dengan lu, tu lu punya pasal.. seriously, there's nothing i can do about it.. gua pun penat nak remind juta-juta kali.. sebelum ni pun gua dah ada tulis dah.. kalau lu yang nak sangat baca, pastu lu yang nak sangat terasa so lu mendapat la sakit hati tu.. tapi gua boleh bagi tips untuk orang-orang yang macam lu ni, (yang cepat sangat nak rasa entri gua pasal lu.. macam lu famous gila babi) - JANGAN LA BUKAK BLOG GUA DAN BACA.. tak perlu ok? ke lu seronok? kalau lu seronok gua tak boleh nak buat apa jugak la.. dah lu nak sangat baca..

khas untuk anonymous yang berlagak berani, lu suruh gua jaga kain gua.. ok gua memang jaga, tapi gua nak tanya satu.. yang lu sibuk2 bukak blog gua nak jaga kain gua ni apasal? kalau tak suka berambus la.. yang lu sibuk2 tu kenapa? gua rasa lu kelakar laa.. macam fuck!

so gua sangat la berharap.. kalau lu semua tak suka atau lu semua jenis cepat terasa, tak payah bukak blog gua ok? tak payah la baca.. sebab gua tulis secara general.. suka hati gua la.. lu tak payah sibuk ok?

Monday, October 4, 2010

25 Oct 2010

datangnya hari tu nanti, dah tak perlu risau. alhamdullilah, serabut kusut untuk mendapatkan kekasih hati hadiah dah selesai. dah siap bagi pun. tak sabar sangat, nak awal-awal.. hiisshh macam budak kecik! tapi sayang, sorry ye.. hanya itu yang termampu setakat ini. setakat nanti tatau la.. oowh tapi ingat ye, itu hadiah untuk 2 tahun.. tahun depan kira burn! hehehe.. tader mintak2 lagi ehh.. hehehe

ps : nanti saya pun nak BLUEBERRY la, boleh bbm sama-sama pastu.. takpun awak belikan saya ai-pong fo ke.. :) *ihihihihi*

***************************************************************

25 Oct dah selesai. tapi 26 Oct, birthday iqbal belum lagi.. aarrghh stress betol la!! pening sebab dah habis duit and tatau nak belikan apa.

ps : nanti kakak carikan awak hadiah eh.. tapi dah ada Min pun nak hadiah lagi ke? mintak min je laa.. heheheheh..

owwh, kenapa eh birthday awak dengan abang fairuz selang sehari? habis duit gua!!!!

Friday, October 1, 2010

hepp tolong la

hepp. anonymous pulak. ada berani letak nama la. setakat anonymous.. pastu nak terasa lebih. jangan sibuk okeh.

thank u!

masih menjadi buruh kasar

maid saya selama tak balik malaysia!

dah la gua tunggu nak dekat 4 jam kat lcct. chaiitt, selamba tak naik flight tu rupanya.

ding dong ding dong, dapat call dari dia katanya, dah bergaduh pulak laki bini. suami dia tak bagi balik, dia nangis2 nak balik malaysia. hmmmm.. bagai laa!

so terpaksa la gua tunggu hingga kepada satu tarikh tertentu, kalau tak jugak terpaksa la cari maid baru.

so untuk setakat ini, gua masih lagi menjadi buruh kasar. :(