Friday, December 31, 2010

say hello 2011

happy new year everyone!

2011 - sila berbuat baik dengan saya.. perlu ada azam ke? setiap tahun azam mesti paling lama pun sampai february, pastu hancur lebur terus.. tahun ni memang ada azam jugak,tapi bila diperlukan baru la berazam kot..

2010 - bye.. banyak kenangan best2 tahun ni. i love u 2010,seriously..


2011, was the best new year celebration so far!

Thursday, December 30, 2010

the cup is ours


yay! berbaloi pegi stadium haritu..
and berbaloi layan jerit kat rumah dengan sayang mama & ayah..

we still love u muslim (walaupun owngoal)
to safee & fahmi, you're the man!!!
special hye goes to safiq rahim.. (ihihih hello handsome!)

and thanks to malaya harimau team sebab
BESOK CUTI WEYYY!!! yahooooooo..

gua plan nak pegi dentist, sakit gigi doh!!
denyut2 dah ni..

Tuesday, December 28, 2010

ceritanya minggu lepas

first and foremost, selamat pengantin baru to abg aji & dewi.
semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
wedding abg aji sumpah cantik, suka sangat2..

-jovian's touch-

-abg aji & dewi-

owh ada rossa la..
tader la minat sangat pun tapi bila dah jumpa, jadi starstruck

-rossa-

***************************************************
pastu the next day nya, TERpergi bukit jalil for AFF Suzuki Cup Final
Malaysia vs Indonesia (team emo,banyak berlakon).. heheh
tak plan pun nak pergi, walaupun dah asik kena "bakar" dengan uncle-uncle
yang siap turun dari terengganu.. *beli tiket tanak cakap, dah beli baru nak ajak*
ntah macam mana, tetiba dapat call dari seorang kawan, dia yang ajak pergi..
gila la, orang duduk KL, mintak tolong orang dari Ipoh yang belikan tiket..
THANK YOU KUJOY!

tapi puas hati sebab pergi bersusah payah ke bukit jalil, pastu M'sia menang..
RM30 (tiket) untuk 3 gol.. hip hip hureyy!!

-ntah apa yang suka sangat time ni-

pastu balik dari bukit jalil, sakit badan sakit kaki..
masa kat bukit jalil, jerit, melompat, menggila babi tak ingat dunia..
pastu parking, GILA BABI dekat.. haihhh, nak sanghat tengok bola..

hah, nanti sambung cerita masa lawan kat Indonesia pulak..
ntah menang ke tak.. harap menang!
nanti K.Rajagobal dapat Datuk la tu.. hehehe

Thursday, December 23, 2010

kelakar juge.

ce citey ce citeyy..
kelakar jugak..





apa? BULLSITTTT?
hahahhahaha

Friday, December 17, 2010

gua nak cakap ni je..

gua tak rugi pape langsung.
untung gila babi ada la.

kalau lu orang rasa lu orang pun tak rugi pape,
haa bagus la..

gua ok je.. sangat okay. terlebih ok.
huhuhuh terbakar je kan?


Wednesday, December 15, 2010

shooting stars

semalam sibuk2 semua orang kata nampak shooting stars. bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali.. alaaa terlepas! frustnya..

kekenyangan makan pizza semalam terus naik atas tengok tv. layan citer bobby. hehehe.. best jugak.

eh.. hahaha

anonymous baru nampak..
suka betol sibuk-sibuk..
kau apa tau? kau tatau pape..
kau duduk diam-diam..

pandai-pandai pulak nak mengomen..
suka menunjukkan bodoh yang tak berkesudahan.

Tuesday, December 14, 2010

katanya

katanya, kami ini dengki dengan setiap engkau..
BHA HA HA HA.. *geli hujung hati*


aku cuma nak tanya satu.
apa kami dapat kalau dengki dengan setiap engkau?

  • budi pekerti? *BHA HA HA.. langsung takde
  • harta *jauh sekali, setiap engkau itu tader apa.. ZERO! BHA HA HA HA HA HA HA
  • kaum kerabat *alhamdullilah Allah s.w.t itu adil, mengetahui, menyayangi & mengasihani kerana menyedarkan kami seawal ini.. syukur!
  • pegangan agama * HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH omg.. masih beragamakah?
jadinya, memang setiap engkau itu tiada apa yang nak kami dengkikan.
sila sedar dengan realiti. REALITI.

tapi aku sangat pasti dan tahu yang setiap engkau itu memang dengki dan berhati busuk dengan kami ini. ye yang ini pasti!

kebodohan yang nyata!

tak suka lagi

  • tak suka bila kita bercakap, tapi orang buat tatau. *baik cakap dengan dinding*
  • tak suka bila suka tinggal2kan kita *macam terlupa ada partner*
  • tak suka bila kalau plan dengan kita semua takbest, tapi kalau bab kawan-kawan punya plan, laju gila babi je suka.
setakat ni, memang tiga benda ni memang boleh buat bergaduh.


SERIOUS.




maybe list akan bertambah lagi dimasa hadapan. boleh jadi.

Monday, December 13, 2010

ipoh lagi.

rasa macam dah lama tak update blog.
lagipun tak ada apa nak dicerita.

tapi last week balik ipoh. lagi.
*macam tiap-tiap bulan je balik ipoh*
kali ni balik sebab, suami saya ada show dekat
Kepura Cave, Lost World of Tambun,
Gig Hitam-hitam dalam gua..
main gig dalam gua. hoii cool owh..
tempat best, tapi saya mengantuk sikit sebab
1. gua tu sejuk
2. gig metal. lagu metal buat saya mengantok. :(


ok habis pasal gig. bebelan seterusnya,
saya ada masalah sikit kalau balik ipoh.
sebabnya :
PEMAKANAN SECARA AUTOMATIK JADI TIDAK TERKAWAL.
semua benda saya nak rasa, semua benda saya hentam.
suami saya pulak ada je port dia nak bawak.

haa ini satu perkara yang mendatangkan masalah.
gemok lebih. haihhh.. ok sekarang kat kl, sila ratah sayur sahaja.
atau lebih tepat proceed ke gym. terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

pembaziran

banyak sangat. sampai tatau nak makan macam mana.
mula-mula sedap. lama-lama jadi muak. :(
sumpah rasa sangat membazir.. hmmm

-before-

-after-

dah kata

dah kata semalam tanak buat..
dah kata jugak takut kalau salah nanti..
dah kata jugak tak berani..




haa kan dah tobek rambut tu.. hahahahahahahaha
sorri sayang!! saya bukan pengunting rambut yang hebat!
hahaha sorri sorri sorri..

tapi awak jugak yang degil! miahahaha

Friday, November 26, 2010

susahnya

kalau dah terlampau sayang pun susah jugak..
kan?

*takut

Thursday, November 25, 2010

sakit hati

malam tadi adalah :
malam menyakitkan hati

harini adalah :
hari yang menyakitkan hati

perasaan ini adalah :
perasaan yang benci dan menyakitkan hati.






*babi*

budi bahasa jiwa kita, katanya..

pagi ni pegi socso nak settlekan a few things pasal company.. alhamdullilah dengan pertolongan kawan kakyah, abg razmi hal dapat diselesaikan dengan cepat, tak payah amik nombor, tak payah isi borang.. cuma gi kaunter, cakap-cakap sikit, ketawa sikit, terus settle..

so bila nak balik, pergi kat parking tetiba ada satu makcik ni cakap dengan kakyah "eh awak ni parking kereta tak betol,patutnya tayar masuk kat dalam besi tu".. which i overheard, sebab yang parking tu dah sah-sah la gua, kata gua yang drive.. so gua jadi macam blur, apa yang tak betul? parking semua dah ok je..

pastu datang la pulak satu guard perempuan ni.. agak dah berumur, tapi takla tua mana, bukan pangkat nenek la.. tapi mak aihh make-up nak tebal, masih glamour. so tetiba dia datang, pastu dengan cara yang kasar dan tone suara yang tinggi dia cakap " eyy, awak ni salah parking.. lain kali tengok kereta lain parking macam mana, tayar masuk dalam besi penghadang tu.. ni kalau saya tekan button hancur kereta awak!" gua punya la tergamam kat situ, satu sebabnya ni first time parking kat socso, keduanya sebab gua tak paham sepatah haram dia kata - tekan button, masuk besi penghadang- apa benda? ketiganya, masa gua parking tak ada sape pun yang nak bagi tau gua cara parking waima signboard sekalipun..

dalam gua tergamam tu, gua sempat jugak rasa angin dah naik satu badan.. gua lawan la balik, tapi tone dan angin gua satu badan masih terkawal.. gua cakap "eh mana saya tau.. saya pun first time datang sini.. saya mana tau cara nak parking, lagipun bukan nya ada orang jaga nak bitau saya macam mana nak parking" relax je lepas tu makcik guard tu blah, buat gua cakap dengan dinding.. (sebab dia tau salah dia, dia tak jaga floor tu masa tu.. patut la setiap tingkat parking gua tengok ada satu guard akan jaga, rupa2nya itu tujuan dia..) hak'ela,biadap gila lu ni.. gua pun tekan minyak, gua lalu sebelah dia, gua cakap lagi "saya bukannya tau pun, relax la sikit.. ha'aalaaa"

masa tu gua rasa nak tumbuk je muka dia, mulut ni dah membuak2 nak maki.. tapi sebab dia tak melawan balik, pastu dia jalan tinggalkan gua macam gua ni orang gila cakap sorang-sorang.. dan sebab utama, gua rasa dia jauh lebih berumur, gua tanak nampak macam gua ni kurang ajar sangat.. dalam hati, tuhan je yang tau.. terus hilang modd gua pagi ni..

gua cuma nak sampaikan pada makcik tu, lenkali biar la beradab sikit.. kalau makcik cakap elok dengan saya, sejuk la sikit hati saya ni. saya akan mintak maaf, walaupun saya tau bukan salah saya.. tapi makcik ni serupa haram jugak sebenarnya! kata budi bahasa jiwa kita, kau punya mana makcik oiii???

Monday, November 22, 2010

pengalaman baru

haritu balik ipoh, pergi telaga tujuh.
hahahahahaha. pengalaman baru, seronok jugak.



*ok akan disambung nanti, sekarang nak balik kerja.
*sorry tak boleh disambung.. bahaya.. hahah*

Wednesday, November 17, 2010

alkisahnya

semalam jantung sikit lagi nak tercabut..

alkisahnya, semalam masa nak balik lepas jumpa jaja pergi kat parking kereta, tekan la TIT TOT (alarm kereta).. memang dah habit suka tekan dari jauh.. tetiba nampak satu kepala keluar dari bawah kereta.. mula-mula nampak macam seekor kucing yang jinak dan boleh dibelai manja.. sekali....

seekor anjing rupanya!! sikit punya elok dia merangkak keluar dari bawah kereta.. slow and steady.. gua punya terkejut (takut kena gigit, kot kalau nasib tak baik anjing tu ada sawan) nampak anjing tu, ciss tuhan je tau..

gua bukak langkah seribu, tapi gua tak lari (pesanan orang reti-reti kata, jangan lari kalau nampak anjing nanti dia kejar) gua rasa gua dah jalan paling laju, tapi apahal semalam masa cubaan gua nak menyelamatkan diri, gua rasa langkah gua sangat perlahan.. tapi gua tak melangkah jauh, gua selamtakan diri pegi pintu belah passenger.. gua bukak pintu cepat-cepat, gua melompat masuk.. takut jugak kalau dia terkam kaki! gua punya lega masa dah masuk dalam kereta, gua rasa itulah tempat paling selamat dalam dunia masa tu.

lepas gua dah lompat pegi driver seat, gua start engine, gua cari-cari jugak anjing tu.. dah keluar dari bawah kereta ke belum? kot kalau terlanggar karang, satu hal pulak nak samak tayar,hehe.. masa gua tengah dok cari anjing tu, gua terpandang satu teksi ni.. driver dia tengah gelak-gelakkan gua.. he'elehhh.. *kronik sangat ketakutan gua semalam?*

untuk pakcik teksi : sampai hati pakcik gelakkan saya.. pakcik tatau saya takut macam mana.. perasaan saya seram sejuk, jantung saya berdegup laju.. kalau jadi kat pakcik, baru pakcik tau.. gelak gelak, suka sangat la tu... geli hati sangat la tu.. eleehhhhhh.. pakcik tak baik tau,kecik hati saya.. ihihih

Tuesday, November 16, 2010

apahal la..?

kenapa perlu budak2 ni main skate dekat parking petronas yang sempit? Nape tak main dekat padang permainan atau skate park betul2? Pastu main ikut celah2 kereta..

Sangat bahaya & menyakitkan hati.. Haiisshh
****************************

Nways, selamat hari raya aidiladha!

Thursday, November 11, 2010

syukur.

semuanya dah berubah.
tapi alhamdullilah semuanya berubah untuk kebaikan.




alhamdullilah, syukur.
saya sangat gembira.

Wednesday, November 10, 2010

bunyi cengkerik

"aaarrgghhhh!!!!! eerrhhh,tsskk aarrghh"

encik suami : yang, awak mengigau ni.. hey hey, bangun.. yang..
saya : huh?? takut.... .....
encik suami : awak mimpi apa?
saya : mimpi orang letak cicak besar atas tangan kita.. cicak tu besar,
kepala dia oren, badan dia belang-belang putih..
encik suami : isshh, awak ni.. sape orang tu?
saya : edrie hashim.
encik suami : ...............................................


*krik krik krik, bunyi cengkerik di waktu malam*

Tuesday, November 9, 2010

busuk

tadi masa nak makan, tersedut bau telur masin busuk.
terus potong. muntah.
perrgghh bau busuk dia, sampai sekarang still terbau-bau.
sampai sekarang tengah pening, tatau macam mana nak hilangkan
perasaan pernah terbau ni.. *muntah*





*tapi hati busuk setiap engkau itu,aku pasti lagi busuk dari bau telur busuk ni.

dah sedar

dah lama sangat mimpi.
selama ni ingat mimpi-mimpi tu best..
tapi rupa-rupanya nightmare.

so sekarang dah bangun.
dah sedar.
dah ada dalam dunia realiti.

paling penting : DAH SEDAR! inilah dia realiti.



*kau memang babi.

Monday, November 8, 2010

Look Out Point

sabtu lepas pegi dinner with loved ones dekat lookout point. sangat best gila babi! it was my first time, so jakun sikit.. kitaorang dinner dekat haven, dapat good seats and view yang cantik.. makanan pun sedap, nyumm nyumm..


masa pegi sana, hujan main on and off.. so sejuk gila dinner kat atas tu.. angin sangat kuat! tapi gambar-gambar semua cantik.. hehe suka!!!

oowh sham sempat buat surprise, belikan ery cake, so kitaorang sempat celebrate birthday ery in advance.. aauuuww, so sweet~

and of course la, akan ada 2nd time, 3rd time dan banyak-banyak time akan saya pergi lagi.. tu memang comfirm la! hehehe

Thursday, November 4, 2010

tak suka sangat

#1 : semalam

"wanie tolong mama PETIK TAUGEH.."
"maaaaaaaaaaaa.. tanak laa please.. ganti ngan mop lantai ok?"

petik taugeh = membuang ekor taugeh

boleh bernanah bijik mata menghadap taugeh tu..
salah satu benda yang paling tak disukai

#2 : pagi ni

masa tengah online kat bilik bawah, dah siap duduk dengan selesa atas kerusi mengadap laptop tetiba kaki rasa macam terpijak getah (dah biasa sebab iqbal suka study and buat kerja sekolah dalam bilik ni, so ingat barang2 dia bersepah dan memang bajet pijak getah).. tapi pelik sebab getah rasa cam sejuk sikit pastu cam boleh bergerak, rasa geli2 je kat tapak kaki.. sekali pandang tengok ANAK CICAK WARNA HITAM!!! *tak perlu dijelaskan tahap ketakutan dan tindakan yang diambil*

SERIOUS memang benci & geli gila dengan cicak sebab ianya salah satu spesis yang menggelikan.. die cicak die!!!!!!!!

update harini

bila tengah basuh baju, nak bilas air sabun tetiba air takda.. majal!!!
*memang menyumpah ringan dalam hati*

update lagi

harini cuti perayaan. tadi keluar pegi cuci kereta. nak balik rumah lalu dekat zoo. terlupa! so secara tak lansung sangkut jalan jam 20 minit sebab nak balik rumah kena lalu ikut zoo.(padahal dari zoo ke rumah 3 minit SAHAJA) semua orang nak tengok binatang, semua orang nak parking best, so semua orang parking tepi jalan ikut sedap tekak, semua orang pun nak jalan, tapi jalan dah jadi satu lane!!

*terasa bodoh, membazir masa je lalu ikut zoo.. tau masuk melawati.. cisss* tak suka hokayh!

Monday, November 1, 2010

saya suka

pictures worth a thousand words :)

-senja-

-view dari bilik-

-choclate sundae-


-beef lasagna-

SELAMAT PENGANTIN BARU~

untuk abg yus dan kak nisa!!
semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.. amin~


ps : abg yus memang pengantin sempoi la.. sikit pun tak nampak nervous.. :) satu je tak best aritu, tak sempat nak bergambar dengan pengantin.. :( sedih je rasa.. takpela, nanti kitaorg balik ipoh kita jumpa ye, dapat la kitaorg meraikan abg yus & kak nisa.. tahniah!

Friday, October 29, 2010

29 Oct '10

paling best harini sebab tak payah kerja tapi dapat jalan-jalan dengan mama and fully sponsored by mama.. Huhuhu seronok!

Pegi salon, pegi shopping.. dah beberapa hari asik stress je, bila dapat jalan-jalan 2 orang je dengan mama rasa lega sikit.. Thanks ma! Love u.. Oowh paling best sekarang tengah berurut kat pavilion sambil berblogging.. Ok sekarang rasa nak tido dah.. Daaa

Thursday, October 28, 2010

rindu

yang teramat.

K.L.M.J

kenangan masa zaman kecik2.

Tuesday, October 26, 2010

happy birthday adik!

hoi birthday main sebelah2 dengan abg perusss pulak.. hehehe
happy birthday iqbal..
sila belajar rajin-rajin untuk spm..
nanti boleh dapat hadiah double triple..
banyak wwoooooo.. ihihihi




kakak wish awak yang terbaik for everything..
sila jangan selalu menyakitkan hati gua jugak..
love u always..

*kakak.

Monday, October 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

happy birthday my dear husband!! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, sentiasa.. insyallah, amin.

hadiah dah dapat awal-awal, birthday treat dah bagi jugak semalam.. malam ni pegi tempat lain pulak ok? heheh kita celebrate 3 hari 3 malam k? hahahah..

i love you so much sayang!

semoga kita berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang comel! *hihihihihih ai suka laaa*

-kalau dah suaminya suka main game, anaknya nanti?-

Thursday, October 21, 2010

hari sudah..

yay, happy happy dapat tengok paramore!! tapi tak puas.. i want more!! heheh, paramore was superrrrrrrrrrrrrrrrrbb! went with hubby izzah and joii (2 orang yang dah lama terpisah tapi berjumpa kembali untuk paramore..)
entri ni tak dapat disertakan dengan gambar paramore sebab kualiti gambar lebih kepada menyakitkan mata, so saya tanak mata kamu-kamu nanti rosak. heheheh, set lagu yang paramore bawak pun best2.. semua yang nak ada.. especially when it rains & looking up (personal fav.) jumpa orang-orang terkenal jugak kat sana yang takkan disenarai pendekkan nama orang-orang itu. nanti kata jakun pulak, hahahaha.. ish rasa nak tulis panjang2 je pasal paramore ni tapi tatau ayat apa nak guna sebabnya tak boleh nak describe dengan kata-kata.. sape yang pergi je tahu apa perasaan dia! owh y2k opening band pun power.. lama dah tak tengok y2k live in action,tetiba jadi opening band..



*ada orang pegi concert pakai heels yang macam nak catwalk atas stage.. wuttafuck? pastu haaaa dah terkehel kaki jalan tempang2.. tau tak baik, tapi tak tahan tengok terus tergelak*

habis concert pergi makan dekat uptown, mmmm nyum nyumm.. makan fried oyster dengan lala sweet sour dengan nasi goreng.. lapar owh lepas concert, dah penat menginja.. hehehe.. lepak lama sikit dengan joii & izzah borak2 suka2.. ooowh lupa jumpa jojo ngan razzy jugak masa kat concert & kat uptown! ihihih

****************************************************************

esoknya lepas concert, husband and wife ambik cuti.. so alang2 dah cuti ni berjalan sakan la sebabnya dah lama tak buat aktiviti macam tu lepas kahwin ni.. dari satu tempat ke satu tempat kitaorg pergi.. dapat makan meatballs ikea lagi, bestnya!! buat movie marathon, main game - main daytona jerit2 macam budak kecik (suka gila), pegi urut-urut, macam-macam laa.. tapi yang best kita ada gambar dengan avatar, shitt apa ntah nama character tu.. lupa laa.. orang biru je kita panggil.. tu yang paling best! heheheh


pastu bila balik rumah, terus flat dan tertido. *boring je* hihih

Thursday, October 14, 2010

19 Oct

harini adam lambert live in malaysia..
frust gila tak dapat pergi. penat je suka-suka dia masa American Idol..
pastu semalam ayah kata, dia jumpa Adam kat Hilton..
*kenapa mesti ayah je yang lucky? boring gila...*
oh ye semua Adam Lambert duduk kat Hilton. (so kalau suka sangat pergi serbu sana, mana tau ada luck dapat jumpa)

tapi takpela, sebabkan dulu masa sekolah ada belajar EKONOMI - melepaskan pilihan kedua terbaik, so terpaksa lepaskan concert Adam Lambert dan pergi ke concert Paramore.. yay!!!!! harini 14 Oct.. lagi 5 hari = 19 Oct boleh tengok Paramore.. yay yay yay!!



ada 4 tiket untuk saya,suami,joii & izzah.. huuhu tak sabar!

Thursday, October 7, 2010

monyet jahat

tajuk besar paper Star harini : KILLER MONKEY

sangat kesian baca pasal this Indian couple yang baru je dapat first-born child dan baru je berumur 4 hari, tapi dah kena curi dengan monyet/kera liar .. not only the baby kena curi tapi siap kena gigit-gigit pastu monyet tu lepaskan baby tu dari bumbung.. "the baby died when it fell to the ground"

bayangkan perasaan seorang ibu, yang penat-penat mengandung 9 bulan, bawak perut besar kesana sini, pastu sakit masa nak deliver baby and 4 days later baby dah tak ada sebab monyet jahat!!! sangat kesian ok.. tak sampai hati baca paper harini..

kenapa saya tulis entri ni? sebabnya rumah saya tak kurang hebat jugak dengan serangan monyet-monyet liar ni.. cuma monyet-monyet ni belum bertindak GANAS lagi.. setakat lari-lari, makan buah dari pokok haa macam tu laa.. tapi kita ni manusia memang takut la, sebab binatang tetap binatang tambah pulak kalau dah memang spesis liar..

dan secara kebetulan semalam saya ada snap gambar monyet ni, tatau apa spesis.. tapi muka hitam, ekor hitam.. nampak jahat sangat.. selalu ada je kat area rumah.. menakutkan!! lepas ni kena becareful..


haa ni la, nampak jahat kan.. dah la selalu tenung2 kalau orang tgh basuh baju.. mana ada takut!!

oowh dekat paper tu jugak ada tulis ayat ni : "... was the first such case in the state, and believed the male monkey was attracted by a female kept captivity as a PET by the family".. haa, encik hanep, macam mana dengan beruk belaan anda di belakang rumah tu.. sila ambil ikhtibar.. renung2kan dan selamat beramal!!

-kat bawah ni ada link untuk previous post pasal monyet in my blog-
related link - MY PET J
related link - SERANGAN MONYET
related link - THANK U JOII
related link - MENGHALAU KERA

Wednesday, October 6, 2010

ada je yang dengki

hahaha nak terasa lebih pulak.. eyy apa saja la weyy, relax ok?

blog ni gua tulis secara GENERAL/AM.. jadi kalau lu semua yang baca ni nak terasa, atau terasa tulisan dalam blog ni macam ada kena mengena dengan lu, tu lu punya pasal.. seriously, there's nothing i can do about it.. gua pun penat nak remind juta-juta kali.. sebelum ni pun gua dah ada tulis dah.. kalau lu yang nak sangat baca, pastu lu yang nak sangat terasa so lu mendapat la sakit hati tu.. tapi gua boleh bagi tips untuk orang-orang yang macam lu ni, (yang cepat sangat nak rasa entri gua pasal lu.. macam lu famous gila babi) - JANGAN LA BUKAK BLOG GUA DAN BACA.. tak perlu ok? ke lu seronok? kalau lu seronok gua tak boleh nak buat apa jugak la.. dah lu nak sangat baca..

khas untuk anonymous yang berlagak berani, lu suruh gua jaga kain gua.. ok gua memang jaga, tapi gua nak tanya satu.. yang lu sibuk2 bukak blog gua nak jaga kain gua ni apasal? kalau tak suka berambus la.. yang lu sibuk2 tu kenapa? gua rasa lu kelakar laa.. macam fuck!

so gua sangat la berharap.. kalau lu semua tak suka atau lu semua jenis cepat terasa, tak payah bukak blog gua ok? tak payah la baca.. sebab gua tulis secara general.. suka hati gua la.. lu tak payah sibuk ok?

Monday, October 4, 2010

25 Oct 2010

datangnya hari tu nanti, dah tak perlu risau. alhamdullilah, serabut kusut untuk mendapatkan kekasih hati hadiah dah selesai. dah siap bagi pun. tak sabar sangat, nak awal-awal.. hiisshh macam budak kecik! tapi sayang, sorry ye.. hanya itu yang termampu setakat ini. setakat nanti tatau la.. oowh tapi ingat ye, itu hadiah untuk 2 tahun.. tahun depan kira burn! hehehe.. tader mintak2 lagi ehh.. hehehe

ps : nanti saya pun nak BLUEBERRY la, boleh bbm sama-sama pastu.. takpun awak belikan saya ai-pong fo ke.. :) *ihihihihi*

***************************************************************

25 Oct dah selesai. tapi 26 Oct, birthday iqbal belum lagi.. aarrghh stress betol la!! pening sebab dah habis duit and tatau nak belikan apa.

ps : nanti kakak carikan awak hadiah eh.. tapi dah ada Min pun nak hadiah lagi ke? mintak min je laa.. heheheheh..

owwh, kenapa eh birthday awak dengan abang fairuz selang sehari? habis duit gua!!!!

Friday, October 1, 2010

hepp tolong la

hepp. anonymous pulak. ada berani letak nama la. setakat anonymous.. pastu nak terasa lebih. jangan sibuk okeh.

thank u!

masih menjadi buruh kasar

maid saya selama tak balik malaysia!

dah la gua tunggu nak dekat 4 jam kat lcct. chaiitt, selamba tak naik flight tu rupanya.

ding dong ding dong, dapat call dari dia katanya, dah bergaduh pulak laki bini. suami dia tak bagi balik, dia nangis2 nak balik malaysia. hmmmm.. bagai laa!

so terpaksa la gua tunggu hingga kepada satu tarikh tertentu, kalau tak jugak terpaksa la cari maid baru.

so untuk setakat ini, gua masih lagi menjadi buruh kasar. :(

Tuesday, September 21, 2010

uishhh

huiyoo diam seribu bahasa tu...
sentap ke? pedih ke? hihihihihihihi

ouch ouch ouch!

ofodifi

thank you odey kerana menyelamatkan camera gua yang flying without wings masuk longkang terus.. excited nak yam punya pasal, setelah sebulan bercuti.. hehehe

niat aku baik, nak buang kulit duku kering, sekali dengan camera aku buang.. nasib baik longkang kering.. heheh saya sangat panic owwh..

ps : thank you jugak sanggup masuk longkang. hahahahaha :)

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN, ATOK & NENEK, TOKI, FAMILY (tganu), FAMILY (ipoh), TEH LIN & FAMILY & COUSINS.

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA DAN SUAMI.

Friday, September 3, 2010

pengalaman menjadi buruh kasar

bangun seawal jam 645am, basuh muka, gosok gigi (tapayah mandi dulu) .. pastu kutip2 baju kotor, baju kerja suami saya, turun bawah basuh guna mesin pembasuh.. untuk baju kerja, saya berus guna tangan! ye tangan ai sekarang kasar macam berus okeh?

sementara tunggu baju siap dibasuh selama 3 kali pusingan.. clear kan dapur, pinggan mangkuk family yang bersahur (lately ni taleh puasa so, kena mengemas kotoran yang dibuat) sambil2 panaskan makanan untuk breakfast.. hehehe

dah settle baju, siap sidai bagai.. mengemop lantai pulak (tapi ni takla hari-hari) 3 hari sekali ke.. nasib baik teknologi mop masa kini menyenangkan.. alhamdullilah..

settle 3 kerja di waktu pagi ni ngam pukul 830/845 (memang kena timing) naik atas kemas bilik pulak.. pastu siap-siap mandi semua untuk pergi kerja.. nasib baik la kerja jenis lenggang kangkong, boleh rehat kan tulang temulang yang semakin nak rapuh rasanya ni..

bulan puasa office tutup kul 2pm.. nyeh nyeh nyeh, memang sedap.. tapi kenangkan kerja yang menunggu dirumah, rasa menyirap segala.. sampai rumah dalam kul 230pm, terus pegi belakang, check baju dah kering ke belum, kalau dah angkat, kalau belum pun angkat jugak, jemur kat dalam bilik belakang.. bagi kering kat sana (kalau hujan tayah la berlari2 anak nak tarik ampaian) .. lepas tu naik atas lipat baju/gosok baju (ikut yang terlarat, kalau tak sambung malam je) ..

ngam pukul 4, turun bawah tolong mama masak sampai siap.. kemas2.. pastu naik mandi and rest dan tunggu masa untuk berbuka puasa.. dan repeat step ni untuk selama sebulan sampai la maid saya yang disayangi pulang dari kampung.. uwaaaaaa~

terseksa rasanya.. jarang buat kerja berat @ kerja buruh macam ni sampai rasa nak demam.. sakit badan tayah cakap la, sampai ke sendi tulang rasanya.. sumpah bukan nak mengada tapi sistem dalam badan ni terkejut kot.. tu yang sakit gila tu.. iskkk..

SITI WAKHYUNI ku menanti kepulangan mu wahai maid ku..

ps : sib baik separuh kerja mama + adik2 tolong.. sib baik tayah sapu laman, siram pokok, menebas lalang, membaja sawah, memerah susu lembu hahahahaha :p

Thursday, September 2, 2010

october 2010

ada apa dengan october 2010 :
  • Adam Lambert live in Malaysia - 14 Oct
  • PARAMORE live in Malaysia - 19 Oct (WAJIB)
  • Balik Ipoh je 2 kali - Oct

kenapa semua di bulan sepuluh/10/ten? parah la camni.. isk isk..

Thursday, August 26, 2010

nafsu

baru pukul 12.56pm,
tapi hidung saya dah terbau ayam masak lemak cili api..
*padahal kat office.. mana mungkin*
hmmm sodapnyaaa...

tapi tekak ni teringin segala macam :
  • kenny rogers
  • kek batik
  • burger melati (yang zarim cakap tu)
  • kfc
  • nasi briyani insaf
  • ice blended choc chip starbucks
  • ikan rebus bakar + cili potong kicap

serious banyak gila kalau nak list.. damn you nafsu!!

tak sabar

oii tak sabar betul lah nak ketawa saya ni..
geli betul rasa hati.. dah hujung-hujung nak terkeluar je..

bodo sial setiap engkau itu. hehe

Wednesday, August 18, 2010

entri entru

orang kata bulan ramadhan ni tak baik marah-marah macam yang saya tulis kat post dibawah ni.. baiklah, saya tak marah tapi saya geram.. dan saya akan tunggu apa yang akan jadi pada mereka NANTI untuk saya duduk dan ketawakan mereka terbahak-bahak sambil makan kacang dan minum air coke.

************************************************

arini nak berbuka apa pulak eh?
nak pegi pasar juadah, ramai sangat orang, pastu nanti badan bau asap ayam panggang, ikan bakar, pulut panggang pastu hari-hari hujan sekarang, kesian orang yang berniaga..
so kalau nak selamat dan tapayah keluar, kita order yellow cab je.. ye!!!
yellow cab!!

Tuesday, August 17, 2010

untuk setiap engkau dan paling pasti si hitam jijik

kepada kaum kerabat itu yang sedang berkomplot :
( ye aku tau, blog ini dibaca dan disampaikan kepada setiap engkau )

ingat di setiap perlakuan itu akan ada pembalasan dari yang maha esa. dan cuba ingat balik, belum apa-apa kat dunia allah s.w.t dah tunjuk dulu. dah bayar cash, walaupun rasanya secara perhitungan manusia yang jahil seperti aku, balasan yang dikenakan masih belum setimpal. tetapi allah s.w.t itu maha besar lagi maha mengetahui.

kepada engkau si hitam, sikit je lagi engkau akan cross the line.. sikit je lagi.. aku just takut nanti sebelum kau sempat menganyang (ayat bodo kau) aku yang ganyang kau dulu.. you better watch out..

doa orang teraniaya selalunya akan dimakbulkan, jadi aku akan terus berdoa.. insyallah~

Thursday, August 12, 2010

tahun pertama

tahun pertama :
  • berpuasa bersama suami
  • raya bersama suami

perasaan :

  • happy sangat
  • excited

tahun ni, raya bersama keluarga mertua di ipoh, so tak ada mama, tak ada ayah, tak ada adik-adik pagi raya tahun ni.. sedihnya~

tapi as long as saya ada suami saya, saya dah okay dah. insyaallah~ :)

Wednesday, August 11, 2010

eh ewah ewah..

eh eh.. pagi-pagi pertama di bulan ramadhan ni dah tersenyum-senyum ni.. hehehe suka betol la..

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..


daripada,
saya dan suami. :)

Thursday, July 22, 2010

promote sikit..

you guys should watch despicable me!!
best if you watch in 3D, worth it!!
hihihihi :) tettt,ok sesi promote habis!

*yay dah boleh balik kerja!!
nak jumpa chenta hati..
esok cuti!! ok plan plan..
oh pegi ikea!! yay~

ps : tadi tengok yahoo.com ada SILA KLIK , kagum!! salah satu impian saya, nak pegi Whale Watching.. hmmm.. insyallah satu hari nanti!

Wednesday, July 21, 2010

perlu dilepaskan

hanya mahu menulis ini :

kau,kroni kau,kaum kerabat kau,cakap2 celaka kau,
konon rahsia2 bodoh kau boleh pegi jahanam..

serious aku cakap,sebabkan satu orang yang konon-konon
pandai, konon-konon sembahyang, konon-konon tau segalanya
konon-konon korang rasa korang dah kenal bertahun dan korang
boleh percaya orang bodoh tu.. kelakar macam babi.

so lagi sekali pegi mampus semua. dan yes, sebenarnya senyum aku,
borak aku, gelak aku, cerita aku dekat korang hanya satu lakonan.
sebenarnya aku benci dan menyampah.

*buang jauh-jauh semua kenangan yang tak diperlukan,
dan aku buang jauh-jauh perasaan ni sebab korang tak lagi
wujud dalam hidup aku. yeaarrgghh!!! *

merapu

saya sakit gigi sekarang.
so semuanya serba tak kena.
benci sebab tak boleh minum coke disaat dan
ketika saya sangat teringin.. iisshhh..

****************************************

kesian suami saya, belum hilang penat camping dalam hutan..
semalam accident pulak. nasib baik ok semuanya.
alhamdullilah. itu sangat penting..
cuma dia kata sakit badan sikit-sikit + luka sikit-sikit..
pegi jumpa doctor dapat mc 2 hari.. terus baik.. hahaha
plan nak sambung lagi sehari katanya.. nak rest betol-betol..
elehh gedik laa tu.. jadi jum kita tengok inception & despicable me..
*hoii berdengkur pulak dia. menganggu saya sebagai penulis blog*

****************************************

semalam panas hati bila pegi klinik idzham melawati..
nak dapatkan treatment kena tunggu sampai 1 1/2 jam..
pundek.. perlu ke begitu lama wahai doktor? kamonlah weii..
kesian satu pakcik tua ni.. dah la sakit kena tunggu lama-lama..
nurse pulak bangang, dah nampak warga emas, sila lah dahulukan..
otak simpan kat bawah katil buat apa? heeee

****************************************

tapi semalam hati ada sikit suka ria hu ha hu ha..
hehehehhe, semalam saya terjumpa hehehehhe..
jumpa hehehe.. jumpa aqasha..
huiiiiii.. siapa sangka,begitu kacak dan oh oh gagah..
mmmm i like.. hahahahahahha.. tapi niat seterusnya
telah dihalang suami.. eleh jeles la tu.. heheheh

****************************************

owh dan sebenarnya, minggu ini saya baru 1 hari sahaja bekerja..
semalam cuti.. harini cuti sebab nak jaga suami saya..
so rasanya esok dan friday pun cuti la,dah alang-alang dia
pun mc.. hehehehhehe.. hehehehhehehehe.. sukanya..
mari fikirkan plan untuk berjalan.. *tapi saya sakit gigi :( *

****************************************

ps : sayang, awak dengkur kuat betol la sekarang ni..
menganggu.. oh!! nak record la.. biar awak dengar, so nanti
tader la dia asik deny yang awak tu memang berdengkur..
hehehehehhe !!!

Tuesday, July 13, 2010

T & J

kenapakah suara anda berdua sesedap itu?
aarrggh jeles jeles~
.
.
.
.

sila dengar lagu saya di blog ini.. :)
tapi sebenarnya saya lagi prefer suara cik juliet simms.

Friday, July 9, 2010

orang kecil

lately ni ..

tengok tv, baca newspaper/magazine/horoscope, dengar radio,
jalan-jalan, topic bercerita orang ramai, pandang kiri/kanan,
even dalam lif pun, time lepak, kat atm machine & kat celah
mana sekali pun atau tengah buat apa sekali pun, mesti akan ada....

topic cerita/gambar/issues/ yang ada kena mengena dengan baby/babies..

kenapa eh? stress tau tak? pening ok.. iisshh..

*semalam tengok glee pun pasal baby.. :( sob sob *

Thursday, July 8, 2010

PAUL THE OCTOPUS

yeah ok...

PAUL
.
.
.
.
.
.
WAS
.
.
.
.
.
RIGHT
.
.
.
.
.
.
once again.. damn you Paul!!

Wednesday, July 7, 2010

saya sokong

saya tau german akan ke final.
so selamat jalan spain. hehehe.

suamiku,sila sokong german dari sekarang.
seperti kata saya,bagi mengelakkan tersenyum simpul
akibat kekalahan teruk team awak tempoh hari,argentina.
hihihihi. kelakar gila tengok muka awak. serious.
dapat pulak kat ipoh masa tu ramai sokong german. yay!!

so ye,point saya.. german AKAN menang.
walaupun PAUL si sotong pilih spain.
(walaupun juga, PAUL selalu betul.. tetapi..)
PAUL,hanyalah seekor sotong!!!

ps : odey,saya mahu hadiah kemenangan saya.. supaya
saya boleh bagi pada wawantero. hehe. betting atas betting beb.

Thursday, July 1, 2010

SOALAN

my cousin asked me,
"macam mana rasa limpa? tak pernah makan.. macam rasa hati ke?"

my answer :
"hati rasa cam hati la.. limpa macam hati sikit plus rasa towel.."

sebenarnya saya tatau macam mana nak explain rasa limpa dekat dia..
towel tu sebab texture limpa tu buat rasa macam tu..
atau ada sesiapa yang boleh jawab dengan lebih ok?

Monday, June 28, 2010

hee menakutkan..

semalam tengahari saya dan encik suami,witnessed orang bunuh diri
dekat melawati.. omg,sangat takut dan sangat real..

serious tak sangka,dia akan terjun..
tau tau je tengok dia dah melayang and "ke-de-pekkk" jatuh..
kepala dulu pulak tu.. uiisshhh..

*******************************************************

dan semalam malam jugak dah keluar berita..
harini keluar newspaper.. dia pun dah mati..
heeeeeeeeee.. serious macam dalam movie!!
pengalaman siot... pengalaman menakutkan..

Baca disini : Petikan Utusan Malaysia

Friday, June 25, 2010

sekarang italy dah out

semua sebab slovakia babi..
sekarang team saya dah terkeluar..
harapkan german my second fav team utk menang.. pastu argentina.. Haihhh..

Slovakia ni memang siot betol.. Pfffttt~
kesian cannavaro saya.. tapi takpela,
i still have my eren derdiyok.. Hehehe

Go switzerland go!!!

dear adik,alhamdullilah tader apa2 jadi kat awak.. Janji semuanya selamat..

Padi-yappa-sial tu pulak kau tunggu.. Bodoh gila.. Macam sial.. Xpe biar polis settlekan..

Thursday, June 24, 2010

meet my baby

eren derdiyok - switzerland
u captured my heart.. i'm in love!

Wednesday, June 23, 2010

secret recipe..

setelah berbulan lamanya teringin cheesecake,
harini baru dapat.. gagahkan diri ke secret recipe kat office..
akhirnya!!! cheezechoc.. kau kekasihku.. haha
ps : dah makan memang suka.. tapi apa kes sekarang ni pening kepaa pulak?
terlebih cheese kot.. now i need coke!!

Tuesday, June 22, 2010

???

pagi tadi masa tengah tunggu kakyah dalam kereta,
terjumpa kawan lama,ejam.. excited gila..
ejam sempat teman sementara kakyah sampai..
kitaorang borak-borak,gelak-gelak,tanya khabar..

lepas tu kakyah pun sampai,so kitaorg pun babai-babai
and promise nanti nak lepak..

tapi.....................................................
persoalannya sekarang, lepas babai ejam tu,
kereta gua kunci ke tak???? fuck btol la..
sekarang kat office hati tak tenteram!!

mohon dilindung Allah dari malapetaka.. amin~

*****************************

semua adalah you punya pasal ejam!! weh jumpa gambar lama lagi!!! hehe

Monday, June 21, 2010

hazizul hasni #2 (bukan nama sebenar)



hari ni bukak facebook ,gua tengok lu aplod gambar kita..
weh.. alamak rindu do.. rindu masa dulu-dulu tu,rindu lu..
dulu-dulu selalu pegi gig sama2,pegi bb sama2, pegi menjalang sama2,
macam-macam hal la sama2.. ponteng kolej pun sama-sama.. heheh

tapi tu la,semenjak lu busy bekerja ni,lu dah kurang masa
dengan gua.. gua paham lu dengan cik izzahahaha lagi..
gua happy je tengok lu ngan cik izzahahah..

sebelum gua kahwin,lu banyak kali jumpa gua..
sebab lu ngan izzahaha banyak tolong gua.. so nanti time lu kahwin,
gua akan cuba balas sebaik mungkin.. insyallah..

sebak pulak gua entri tulis ni.. tapi,takkan nak nangis kot..
tak rock la.. lu kenal gua,gua kan rock.. kita kan rock..
abis,cakap banyak,tulis panjang-panjang kat sini tak guna..
sekarang gua nak tanya lu,bila lu nak jumpa gua?

************************************

sedikit kenangan masa dulu : hahaha

1. zaman masa tader hala tujuan

2. zaman mesti kena main bowling

encik suami

tunggu kepulangan saya..
tak lama pun.. kejap je k..

sorry semalam..
sakit tak kena tumbuk?
heheh sorry sayangku!!

FAHMI & DELAYLA

selamat pengantin baru to amy & layla..
semoga jodoh berpanjangan dan dikurniakan
babiessssss yang comel.. :)



***************************************

ps : teringin ulang balik.. hahah thanks kak awin & apek,jadi pengapit..
hehehe :)

Friday, June 18, 2010

argentina vs s.korea

bingit!!!!!! semua orang kat rumah nak jerit..
dah macam kat stadium.. layan gila!!!

tapi arini rumah dah sunyi sebab family tganu
semua dah balik.. sobs~ jumpa lagi nanti!

ps : Gonzalo Higuain,pheeeewwittt~

Thursday, June 17, 2010

pagi ini..

pagi ni keluar rumah nak pegi keja,tengok kereta...
mengeluh panjang... menyumpah (dalam hati)..

sebab..

kereta penuh dengan TAHIK BURUNG!!
eewwww siap cair lagi.. burung manakah yang
pagi-pagi dah sakit perut sampai berry-berry cair
di kereta saya? burung manakah??? aduhai..


lemah je semangat bawak kereta pagi ni.. :(

***************************************

ps : rindu gila babi dekat aifaa nordi, yusra yusri, khairul ameng, sheeraberra, ala oleng oleng, erynana, shazwawanterr, his-birgam-syam & semua-semua laa.. sob~

Wednesday, June 16, 2010

demam lagi dan lagi.. :(

body lemah macam dulu-dulu jugak..
dah berbalik kepada penyakit asal..
demam sepanjang tahun.. :(

serious tak best.. elok kejap pastu demam sampai
2 minggu.. pastu baik seminggu dua.. demam lagi..

mama kata sebab tak makan antibiotik..
hmmm.. ubat tak sedap,tolonglaa..

ps : ke ni demam lain? ehem.. belum lagi kot..
next year la,insyallah.. enjoy2 dulu :) hehe

Tuesday, June 15, 2010

world cup..


go italy go!! :)

karate kid

lepas tengok karate kid rasa macam nak belajar kung fu pulak.. tehehehehhe,nanti boleh karate muka kau!!

ps : jaden sangat la comel sebenarnya.. uuuuuu~

Tuesday, June 8, 2010

thank u sayang

thank u sayang for a wonderful dinner last nite..
and thank you so much nuat surprise balik kerja..
dah kena marah baru nak surprise.. tapi tak jadi..
sebab awak bitau dulu. sorry kena marah.. tatau ada
surprise.. hahahah lebiu so mash chenta..

and tekak saya semkakin pulih!! rupanya kena makan
aiskrim banyak2.. tak perlu cakap berbisik dah. hahaha
yay!! esok balik kampung.. tak sabar.. jum honeymoon sayang!!
teheheheheh ~

Monday, June 7, 2010

batuk ada hikmah

rasanya batuk-batuk & sakit tekak 3 hari sebelum 7 Jun ni ada hikmah la.. hehehe,alhamdullilah setakat ni semangat masih kuat.. dan rasanya akan terus bertahan sampai bila-bila.. untuk kebaikan sendiri jugak nanti.. omg,tak sangka and macam tak percaya.. takpe,nak tengok jugak keupayaan diri sendiri.. boleh atau tidak.. semoga berjaya zawani haniff!!!

sekarang saya declare yang saya adalah seorang insan yang menjauhi asap-asap!! hahahaha..

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

yay!! happy birthday untuk saya!! yay yay!! :)


thank you untuk semua orang yang wish.
and paling paling thank u you, to my dear friends.

omg,sayang korang yang tatau nak cakap macam mana dah.
dah la dapat hadiah. tehehehehe :)
korang paling best!! yay!!!


semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang,
akan lebih baik dan bahagia dan dimurahkan rezeki untuk saya!!


ps : tapi paling tabest,kalau time birthday tak sihat. suara dah
lansung out! semalam ok lagi. harini cakap dah macam orang berbisik
tapi urat-urat kat leher semua boleh nampak. haihhh~

Friday, June 4, 2010

kacau

serious,sekarang jiwa aku kusut dan kacau bilau.
ada banyak tanda tanya dan aku perlukan jawapan.
mungkin sampai masa nanti aku akan katakan,CUKUP!

untuk kau kau dan kau,aku tak perlukan kata-kata celaka.
sebab serious aku tak peduli. kau boleh pegi mampus!

Tuesday, June 1, 2010

israel boleh pegi jahanam..

israel memang biadap!!

kudrat untuk membantu memang tiada,
hanya iringan doa dan solat hajat yang mampu dikirimkan..
semoga misi bantuan kemanusiaan ke gaza selamat.. amin~

Monday, May 31, 2010

kalau la gua tau..

tatau la pulak,setenang ini kalau lu orang tader..
damai gila rasa hati.. serious,sebenarnya lu orang tader
lagi baik daripada lu orang ada.. lu orang ada pun menyusahkan je..

dulu pun,lu orang dok pong pang pong pang lebih..
tapi apa pun tader,cakap tanak kalah..
nak tinggi melangit.. kebodohan dok tunjuk terang2..
buat geli hati gua je.. gua tak nak jugde sebab gua bukan tuhan..
tapi tengok dari mata kasar,nasib lu orang ni selalu sial..
ntah apa bala pun gua tatau.. tapi itu untuk lu orang fikir la..

sebab hal ni,gua jadi tak percaya ngan peribahasa melayu..
adalah satu peribahasa tu,takkan gua nak tulis.. hehehe
tipu siot peribahasa tu,untuk kes gua ni la.. heheh gua mati2 percaya dulu..

dulu,gua mana boleh cakap lebih..
gua angguk je la dengan lu orang..
sebab didikan yang gua dapat,hormatilah orang..
jadi gua hormat la.. tapi bila lu orang dah buat palat kat gua,
silap la gua nak hormat lagi.. tak kira la lu orang sape pun..
senang cakap,dari mata gua,lu orang ni hina je..
ouch pedihkan? tapi dah lu orang yang gatal2 tempah nasib,
jadi lu orang mendapatlah..

gua bising2 macam ni pun bersebab.. sebab gua munasabah..
takkan sebab lu orang tak belikan gua aiskrim,
gua bebel macam ni kan? agaklaa.. hehehe
takkan laa.. tu macam bangang je.. gua bukan cam lu orang,bangang..

gua senang,selagi gua tak mintak sebutir nasi dari lu orang,
lu orang ni ibarat cam bangkai gak laa.. busuk jijik dan loya..
gua bukan mendabik dada,tapi gua rasa ini kenyataan..
dengan lu orang ni bahasa kesat je yang elok..

tapi sebenarnya,dulu bau-bau bangkai lu orang tu dah ada..
cuma gua je yang selalu tutup idung.. sekarang dah takleh tutup do..

kalau la gua tau dari dulu kan? senang cerita.. hehehe
bagi gua,lu orang dah mati. bukan itu pun yang lu orang nak ke?

tatau mana nak start

cuti wesak on friday arituh,kiky ajak pegi picnic & bbq.. so berpicnic la kami ke ulu yam,sg sendat.. sampai sesat2 barat.. jauh ke dalam tempat tu,tapi tempat best and cantik.. dah lama tak pegi sana,sampai jalan semua tak ingat.. masa sampai sungai sendat,ada pakcik yang jaga tempat tu.. (sekarang masuk dah kena bayar,tapi toilet still macam haram.. kenapa tempat picnic toilet mesti macam haram? kerajaan malaysia,sila ambil perhatian kes macam ni)..

jadi berbalik kepada pakcik tu,korang mesti pernah tengok movie matsalleh yang macam, korang satu geng pergi picnic pastu terjumpa satu orang ni yang konon2 baik,tapi rupanya psycho cam suka bunuh2 orang dalam diam kan? haa,pakcik tu macam tu la lebih kurang.. dia macam sewel,tapi dia tader la macam nak bunuh2.. dia membebel apa ntah,antara paham dengan tak je.. tetiba dia cakap "haa mandi tu cantik-cantik.. ini tempat manusia yang reka,tempat asalnya kepunyaan hantu..." hello pakcik,perlu ke mentioned ayat HANTU itu? orang kata mulut jangan celupar kalau pegi tempat2 macam tu..haih,pakcik la pakcik..

ngam je time nak balik,pas tukar baju pe semua hujan pun turun.. sementara nak sampai kat kerata,baju pun basah balik.. haih,baik mandi hujan je.. cisss.. sumpah balik picnic,badan lenguh2 macam orang keja kontrak.. naik turun tangga kat rumah,kaki menggigil.. hehehehehe


*****************************
malam tu pulak,sambung lepak dengan kiky lagi,dia ajak pegi tengok PRINCE OF PERSIA.. sebenarnya cerita2 macam tu kurang minat,tapi....... ye ada tapi... prince of persia ni sumpah best.. JAKE GYLENHAAL pulak, eh eh, kenapa handsome tetiba ni? eh eh.. suka la tengok dia.. hahahaha.. tapi serious,prince of persia best.. tak sangka..
habis movie around 12am macam tu.. sekali datang satu dugaan,ticket parking pulak faulty.. tekan butang help kat machine bayar parking tu,sorang pun tak jawab.. lahanat.. jumpa guard pulak,macam ayam ngan itik.. cakap melayu tak paham,speaking tak paham.. baghal betol.. dekat setengah jam cuba try settle pasal parking.. takkan nak biarkan kereta kat parking.. macam bodoh kan? ntah apa nasib,sekali orang parking tu ada pulak.. nways thank u la cik abang sebab tolong saya,tapi sorry la jugak sebab sebelom cik abang tolong tu kena sound tepet dengan saya.. kerja buat la cara kerja dodol,jangan bagi alasan bodo.. hiiissshhhh
******************************
pastu hari ahad,semalam.. kiky ajak naik bukit tinggi.. wah,cuti2 malaysia la cik kiky ni.. tapi sorry ye saya tak dapat join la ky,last minit sangkut pulak.. ada hal tetiba2.. nanti kalau ada rezeki kita cuti2 malaysia lagi k..
******************************
ps : khamis lepas,masa nak balik kerja,terserempak dengan orang gila.. tetiba,sampai kat satu junction,dia berhenti.. makin lama seluar dia makin kebawah pastu tetiba dia mencangkung,HOI berak tengah2 jalan yap kwan seng!!!!!!!! gila kering!!!!! hahahahaha.. eeeewwwww~ gambar ada,tapi.. alamak,perlu ke upload?? geli dow.. selamba tangkap gambar orang gila berak.. hahahahahhaah!!
******************************
pastu semalam malam pegi pelita.. order air coke.. ntah macam mana ais yang dia bagi ada biji limau and perasa limau.. cibai,terus nak muntah kat situ jugak.. dorang ni tak basuh cawan ke? kenapa ada biji limau and rasa limau.. tolong la,limau-limau ni loya ok.. tatau ke yang saya ni tak boleh dengan limau.. bau pun nak muntah,ni pulak masuk mulut.. gila apa?? type pasal limau pun rasa nak muntah.. macam mana ni? ada tak cure untuk tidak pening/rasa nak muntah bila ada bau limau atau limau di depan mata? tolong saya please..

Thursday, May 27, 2010

ppfffttt~

hari ni hari khamis.
tadi odey dah call ajak yam.
tapi esok cuti. sekarang hujan lebat.

COMFIRM GILA BABI JALAN MESTI JAM.
COMFIRM AKAN SANGKUT DEPAN FLAMINGO LAMA NAK MAMPOS.

ok,mari bercinta di dalam kereta dengan radio.
pastikan selection lagu dan cds menepati citarasa telinga.

dan yang penting,HADAP JE, TERIMA JE.. :(
ok,arini tak dapat yam petang. cisss~

***********************************************

i'll see you tomorrow kiky lala~
uuuuu, tak tahan.. hehehe

Wednesday, May 26, 2010

selamat kembali

yuhhuuuu,honey.. i'm home...
sorry arituh kena disable blog sekejap..
yang penting sekarang saya udah kembali donk..
kembali untuk menulis.. :)

*kalau rajin aaa.. hehe

Tuesday, May 25, 2010

mama dah buang kuch

tak baik owh mama,buang kuch tak bitau tuan dia.. :(
alasan mama,sebab dia kata eversince kuch ada anak,anak dia suka berak merata2.. rumah bau busuk and kotor.. hee si hitam (anak kuch) ni pun satu,berak merata-rata pesal? kan orang dah sediakan pasir.. hiissshhh..

tapi still,sampai owh hati mama buat macam tu.. bila tengok balik gambar kuch masa kecik,bergenang air mata.. sedihnya.. tapi mama buang kat medan je,so kalau nak jumpa nanti boleh pegi medan.. tu pun kalau jumpa.. si hitam tu ntah ok ke tak? jangan la orang sepak-sepak dia.. sedihnyaa..

:( ha haa,mama tak baik.. ha haaa.. mama kata, "takpela.. nanti amik kucing baru k".. tapi,mana leh sama dengan kuch tu?

entri masa first time dapat KUCH.. kenangan~

buat sementara waktu ai menang..


tapayah nak rebut-rebut attention suami ai sebab kini yu tidak lagi penting baginya wahai cik gey-tar.. harap yu boleh buat bunyi "greng greng greng" je.. tapi gila statik..

sekarang dia ai punya!! ai menang.. yu kalah.. na na na na na~

hahahahahahahahahahhaah.. heheheheh macam psycho kan?

rupa-rupanya

selama ni gua drive ke hulu ke hilir,sampai ke melaka sampai ke concert double trouble,siap kena saman bagai,rupa-rupanya lesen gua dah mati dekat 3 bulan.. selamba!!

jawabnya,satgi lepas balik kerja pegi beratur kat post office,buat lesen!! hmmmm.. sorry ya pak polisi..

and thank u sayang sebab meng-offerkan diri nak tolong bayarkan.. hehehe

Friday, May 21, 2010

checklist

  • bilik dah kemas
  • makanan for breakfast dah settle
  • makanan for lunch/dinner dah masak
  • dah mintak permission *alhamdullilah lepas*
  • dah siap2kan baju
  • tunggu time
  • tunggu kiky sampai
  • HUREY HUREY!!! yay yay.. :)
thank u sayang. dah lama saya tak keluar bersuka ria/hurey hurey dengan kawan2 *gila penipu*..
u're the best,sangat memahami la awak ni.. mana la saya tak sayang, hihihi..

Thursday, May 20, 2010

ikhlas dari hati gua untuk lu dan lu dan lu..

you are the reason i have middle fingers
heheh :)

***********************************
ps : mekasih cik rozeetatata

Wednesday, May 19, 2010

attention seeker

kena berebut kasih sayang dengan girlfriend baru encik suami iaitu GITAR!! cett,gitar lagi penting rupanya.. nak pick up lagu konon. hahahah

sudah la sayang oii~ tido malam peluk la gitar tu. huhuhuh

will.i.am

bukan penyanyi itu.. bukan ye..
ini ialah kedai makan william.

omg,sangat kotor sebenarnya.
tikus menari2 atas kepala,selamba..
makan tahik tikus. hehehe hewwww..

ps : tapi selamba hadap order jugak lasagna meatballs. sedap. tapi pening, too much cheese. dah bagi semua orang rasa pun still tak habis. :( membazir.

*rasta lagi best je*

Thursday, May 6, 2010

silent reader

selang sehari atau dua hari mesti keluar notifications kat feedjit.. dah beberapa kali perasan.. kalau tak selang sehari dua hari selang seminggu,tapi comfirm memang ada.. hello?

Tuesday, May 4, 2010

rainbow

beautiful :)

Monday, May 3, 2010

30 April - 1 May



diari minggu ini bermula begini,

30April2010
my husband and i, half day arini.. sebab nak balik ipoh.. so around 5pm chow balik ipoh and arrived around 8pm.. penat gila.. penat balik keja pun tak settle lagi.. pastu kena tinggal dengan chenta,sebab dia pegi jamming.. kalau kata nak ikut pun memang tak larat,terus tido je.. sedar- pukul 345am,chenta still belom balik (amboi.. tak sedar dah ada wife tunggu kat rumah.. heheh) tapi takpe,seriously WA TADER HAL LA.. abg yus datang melawat (hye abg yus..) hehehe

1May2010 (pagi)
bangun pagi-pagi around 645am (heh,rumah mak mertua kot..) mandi,breakfast.. baru tahu ada kenduri arwah.. majal.. dah la tak prepare apa-apa.. nasib baik semalam balik ipoh pakai baju kurung.. so selamat.. tudung tak pakai. kental.. so tolong apa yang patut,lepas makan around 11am chow to Melaka,sebab chenta ada show. kenduri start pukul 12pm. anyhow,mmg tak sempat pun nak tunggu.. badan pun lenguh2..

1May2010 (tengahhari)
masa on the way to Melaka,gelakkan2 kereta yang stucked nak pegi Cameron.. lepas tu kena batang hidung sendiri,sebab sepanjang jalan nak pegi Melaka sangat jammed. sampai tol Ayer Keroh stucked punya la lama.. touch n go hilang,so tak beli yang baru jadi bersama-sama beratur di tol dengan kereta2 yang lain.. itupun dalam 3km lebih dok ikut emergency lane.. hehehe TERPAKSA!! arrived at Melaka pukul 4++pm.. lama siot.. sakit pinggang..

1May2010 (petang)
show start pukul 6pm.. band chenta saya slot no 2.. sebab lepas tu nak chow to Mont Kiara for double trouble punya concert.. gig yang tak berjaya,kesian organizer.. crowd rasanya memang band sahaja. harap2 organizer take note dengan pilihan band next time. abis show around 730== terus ke Mont Kiara. from Melaka to KL memang speed gila-gila. tapi kena stop dekat R&R Seremban sebab myo,kujoy & razzy nak mandi. letih gila katanya. sebenarnya my husband and i pun sama.. masa ni badan dah rasa nak tercabut.. tapi KUATKAN SEMANGAT!!

1May2010 (malam)
hoi,nak ke Mont Kiara pun jammed jugak.. badan dah tinggal 60% je larat.. energy semua dah hilang.. so sampai Mont Kiara pukul 920pm,parking dah macam gila babi,semua main parked tepi jalan,dah berlayer-layer kereta parking.. pastu parking sikit la punya jauh,menapak pulak ke venue.. sampai2 ticket sold out!!!!! yearrghh!! mana ada menyirap.. tapi nasib baik razzy pegi kow-tim dengan ticketing crew,so lepas masuk.. masuk cara haram tapi berbayar..

Concert Double Trouble
masa masuk tu chenta and his friends punya la suka. masing-masing dah tak sabar.. tapi ya allah,gila ramai malam tu.. crowd malam tu je sampai 20k.. gila.. tapi,saya sedih.. dah la saya ni pendek KURANG KETINGGIAN,so dapat tengok celah-celah orang je (tu pun kalau jengket) kalau tak asik tengok belakang badan orang je.. tengok t-shirt orang,amik bau asap rokok,bau ketiak tengik,bau liquor lagi.. sumpah pening and rasa lemas.. nafas dah sipi-sipi je.. sekali ada pulak orang hisap surya,memang dah paling limit masa tu.. terus ajak chenta amik tempat bernafas.. and nasib baik dia faham keadaan,walaupun muka dia macam frust sikit,tapi dia ikutkan jugak.. so bila dah dapat tempat bernafas tu baru ok.. masa tu pun concert dah nak abis..

nways Wings memang terbaik malam tu.. Search ok la.. lagu dorang bawak pun best jugak.. tapi sebab badan dah terlampau LEMAU,masa ni energy tinggal 25% je.. memang tak dapat nak nyanyi2,tak dapat nak lompat2 ke apa ke,just stay still bersandar dekat chenta. hoi orang mabuk malam tu punya la ramai,risau je.. hiisshh.. kesimpulannya double trouble malam tu sbenarnya memang BEST!! tapi yang tak best nyer,sampai kat kereta lepas abis concert kena SAMAN.. woohhoo,macam sial jugak pak polisi ini.. dude,nama pun concert,what do you expect?? nak saman2 lagi.. parking tak provide,pastu nak saman.. abis kalau tak park kat situ nak park atas kepala kau?? macam bodoh.. heyyyy..

2May2010 (awal pagi)
dari Mont Kiara terus balik rumah. badan dah sangat2 super duper letih. nasib baik 10 minit je dah sampai. sampai rumah pukul 1pagi lebih lebih sikit,terus mandi and tido.

2May2010 (pagi)
kena bangun pukul 8am. kepala pening gila babi. badan rasa,lunyai to the max. tapi sebab hormatkan aunty yang datang rumah and dah nak balik to tganu,kena la bangun and salam2.. borak lebih kurang,around 10am aunty saya pun balik la ke tganu. automatically saya dan husband terus naik atas dan sambung tido yang terganggu. saya tetap CHAMPION.. pukul 3 baru bangun. hehehe kesian chenta saya.. dia bangun awal nak makan apa semua kena buat sendiri.. sorry sayang..

2May2010 (malam)
malam get ready nak pegi birthday ameng.. sepatutnya 730pm kena tunggu dekat Fullhouse,tapi 730pm tu Berr baru nak hantar cake.. so dah lambat,plus MRR2 pun jammed jugak.. ntah pehal,asal hujan sket mula la sangkut gila babi.. so ikut jalan dalam,ingatkan clear,PUN JAMMED jugak.. hadap je la.. sampai fullhouse pun pukul 830.. sejam!! record!! pastu tunggu birthday boy yang kitaorg celebrate awal sebulan.. AMENG!! macam biasa,birthday dinner at fullhouse went well.. eventho' service dia macam haram.. camera-whore macam biasa jugak.. tapi tabest sebab saya dan husband kena balik awal.. KAMI PENAT TAK HILANG LAGI.. :( sham lagi mau ajak pegi reggae bar lepas fullhouse,memang tak dapat aaa.. heheheh

so yeah overall tu la dia diari saya minggu ini. gila babi penat. tapi sekarang dah ok-ok sikit. petang ni tak sabar nak jumpa aifaa yusra and lain2.. kalau tak penat boleh gym.. kalau penat pegi yam ttp je. hehehehehe.. tulis blog ni pun macam penat jugak.. sumpah gila babi panjang.. but i don't expect any of you readers to read this. ini untuk saya,tapi kalau rasa nak baca,silakan... :)