Monday, January 31, 2011

tadi gua ingat.. tapi gua dah membebel lain hal

tadi pagi masa tengah drive nak pegi office, memang gua ada terpikir satu benda yang boleh dijadikan entri untuk arini. tapi sekarang, puas dah gua fikir.. tapi gua tak ingat.. bila gua tak ingat macam ni, gua cepat stress.. kenapa la gua ni pelupa sangat????

____________________________________________

hmmm, tapi gua nak cakap satu benda..
sekarang ni gua tengok pagi-pagi yang jadi polis traffic adalah perempuan..
gua kagum! serious gua kagum!!

lagi satu, itu hari gua ada mengadap game cari benda tersembunyi..
gua main benda tu untuk 1/2 jam kot, gua memang betol2 mengadap..
focus abis nak cari benda2 tu.. tapi masa tengah main gua rasa loya..
gua pening-pening.. sumpah gua rasa nak muntah..
sudahnya gua berhenti, pastu gua baring sambil ada kekasih hati picit kan kepala..
pastu tertido.. gua pelik aahhh?

gua perasan, yang gua taleh stress la sebenarnya..
sakit kepala dia mak aihh.. boleh bawak muntah2..
ke darah tinggi? hmmmmm

____________________________________________

ok last last, semalam gua main futsal dengan kawan-kawan..
team gua :
  • apol (keeper)
  • podot
  • yusra
  • gua
team lawan :
  • wawan (keeper)
  • aifaa
  • kak kong
  • adik kong
tapi gua rasa gua bukan penat main futsal..
gua penat berlari sambil ketawa..
next week gua nak main lagi..
walaupun tak cukup orang macam semalam, gua tak kira!!

Friday, January 28, 2011

harini kan..

harini kan traffic sangat gila babi.
sebabnya polis tutup jalan..
sebabnya lagi, Le Tour de Langkawi nak lalu..

lagi pulak sebab harini gua yang terkena..
selalu ikut jalan potong tu, tapi satgi dah halfway jalan tutup..
SO GUA KENA PUSING JALAN JAUH GILA BABI PUNYA!!

isk isk isk..
confirm harini ramai lambat sampai office!!

Thursday, January 27, 2011

langit gelap


langit gelap dah 2 hari.
hujan je. syukur alhamdullilah.. sejuk sikit rasanya..

cuma baju semalam yang dibasuh tak kering lagi..
yang dicuci harini pun belum tentu boleh kering..
yang kat dobi tak siap lagi.. haa ACANE ACANE???

ingat nak beli dryer laa kat rumah tu..
kalau sehari kumpul RM1, nanti lama-lama dah boleh la tu beli..
usaha tangga kejayaan..
sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. ye kan?? ihihihih

*****************************************************
update

baru tadi post langit gelap..
alih-alih pusing belakang tengok langit dah cerah..
yay, alhamdullilah!! boleh kering baju..

ps : view dari office. :)

Wednesday, January 26, 2011

menyesal.

sebelum diteruskan dengan tajuk diatas, minggu lepas saya pulang ke terengganu sebab pakcik saya yang paling bongsu dan paling terakhir yang telah selamat dinikahkan dengan pilihan kekasih hati beliau. (perghh ayat..... macam buat laporan sekolah2 dulu). jadi alhamdullilah toki saya sempat tengok kesemua 11 orang anaknya selamat dinikahkan.. :)

-pakyol & nurul-

owh, balik terengganu kali ni jadi tourist jugak sebabnya terengganu dah banyak berubah, banyak tempat2 yang cantik yang dah diperbaharui. cuma yang tak best nya, telor penyu sekarang dah berharga RM50.00 untuk 10 biji. GILA MAHAL!!!!!!!!!

-salah satu spot di kampung cina-

-kesayangan-

balik kali ni duduk kat SUMAI SUITE APARTMENT. 1st time duduk sini. cantik sumai ni, kemudahan wifi dia pulak gila babi sampai dalam bilik pun dapat. harga yang sangat affordable. tapi kawan saya kata sumai ada hantu.. jeng jeng jeng.. alhamdullilah sepanjang 5 hari duduk sumai, tak ada gangguan pelik2. nyenyak je tido. nampak sangat sayalah HANTU sebenarnya. hehehe..

***********************************************

ok ok,panjang lebar weii tulis.. anywaaaaaaaaaaaaaaayss.. apa yang saya menyesal sangat tu ialah :

saya dah tonton filem khurafat. anda sudah?

ye serious saya menyesal. sebab saya masih lagi terbayang hantu2 dalam filem tu. sampai mandi pun bukak pintu toilet. ihihhiihih.. selalunya kalau hari kerja, pukul 645am saya dah siap dan sudah turun ke bawah untuk membasuh baju serta kemas (still belum dapat maid baru.. even paper harini pun kata susah nak dapat maid) apa yang patut sebelum pegi office, harini disebabkan cuaca yang gelap (pukul 7am still macam pukul 5am) saya jadi terbantut segala hal.. ye laa,ada ke patut dalam khurafat tu dia tunjuk hantu intai ikut tingkap? nampak mata je?? ADA KE PATUT????????????????

saya ni nampak je brutal, tapi kalau bab-bab hantu ni hati saya kecil.. hehehehe :)

Tuesday, January 18, 2011

2 hari je keja, yay!
esok cuti sampai isnin, suka ria!


*pastu nanti selasa nak kerja balik mesti malas*



heee tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, January 14, 2011

congrats

congrats to daktoi & janna on your first born baby boy!!!
yay!!!! nanti kami datang melawat k?

Thursday, January 13, 2011

pada pendapat saya :

1. jam (takut orang terbaca jam ni mcm JAM TANGAN @ JAM yang sapu kat roti)/kesesakan lalulintas pagi-pagi di mrr2 from taman melawati to ampang adalah disebabkan kawalan yang dibuat oleh polis trafik. sebab selalunya tanpa polis dia tak seteruk jam bila polis jaga.

- usually from melawati to ampang only takes 10-15mins drive depends on the driver, tapi harini 1 jam gua tersangkut. macam ......................................#$@%%$%^@



2. psychiatrist ada lebih gila dari orang yang mengalami masalah mental.

- sorry kepada sesiapa yang bekerja sebagai psychiatrist. ni just pendapat saya.



nanti saya tambah lagi kalau saya ada pendapat lain. setakat ni baru ni dua sebab ada mengena dengan kehidupan 3 hari lepas. OIT OIT saya tak pegi jumpa psychiatrist ye. SAYA TIADA MASALAH JIWA. itu hanya pendapat.

Wednesday, January 12, 2011

nampaknya

perbualan sejenak tadi :

iqbal : eh ROBOCOP orang no ke-3 terkaya di dunia ..
gua : hehehe. apa kau kata? hahah robocop?
iqbal : haah, ROBOCOP
gua : hahahha, bodoh.. kau tengok mana kata robocop kaya?
iqbal : bukan ROBOCOP la bodoh. ROBERT KUOK.
gua : ooooooooooo.. haa? no 3 terkaya?
iqbal : bukan laah! no 33.

apa yang gua cuba sampaikan kat sini ialah, nampak sangat sekarang ni gua pekak. nampaknya dah boleh la bawak2 membersihkan lubang telinga ni. :)

Monday, January 10, 2011

8/9 Jan 10

last weekend :

1. baru tau jalan nak pegi hotel vistana (gila ceruk)
2. baru tau ada tempat untuk picit kaki dengan orang buta (dan paling best tak ramai orang, jadi sangat selesa)
3. baru first time masuk petrosains. SUMPAH best! (tapi tak sempat habiskan semua, rushing sangat, next time nak pegi lagi)
4. first time makan kat al-rawsha lepas kena halau dari jalan damai. (gila cun siot)
5. pegi chocolate exhibition dekat midvalley (exhibition apa ntah, macam bodo.. tertipu)
6. sakit hati yang dipendam lagi.

Friday, January 7, 2011

hell...o

hello anonymous,welcome back.. :)