Thursday, December 1, 2011

just for laugh.

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?

Mamak : apa WIFI??

Man : ini kedai punya internet la..

Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak

Man : hah??

Mamak : "tajupakale..!"

Man : Apa tu..??

Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..

Man : Password dia tajupakale..!

Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man : dey, mamak apa password dia??

Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!

Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik

Mamak : mana ada slah..tajupakale

Man : x boleh la dey!!

Mamak : boleh la...

Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!

Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk taip satu kali saya tengok (Man pun taip)

Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!

Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..

Man : eh, ye ke...kau tekan la

Mamak : ini mcm tekan la 7777

Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"

Mamak : betul la saya cakap tajupakale..

Man : %@$#@%#!!!!...

Friday, November 18, 2011

hye/bye

hellooooooooooooooooo~
lama tak membebel sini..
rinduu..

buat masa ni tader apa nak dibebel..
so yeah, tinggal je la dulu..

bye :)

Tuesday, October 11, 2011

terer jugak

lu jangan lebih2..
IP add tak boleh tipu..
jangan sampai gua blocked terus k?

babi btol la.

Sunday, October 9, 2011

ROCKAWAY!!

woaaah dah almost a month tak update.
serious, gua dah tatau nak tulis apa.
samada gua mmg dah tak creative atau gua dah boring..
hehehhe..

nways semalam gua pegi rockaway..
sebab utama : THE USED.
gila apa, 2 hari sebelum rockaway baru gua tau
THE USED main act Rockaway.
meraban pegi cari geng and ticket nak pegi rockaway.
(husband gua tader, tapi gua dah mintak izin sebelum pegi k)
semenjak2 dah kahwin ni, gua dah kurang tau pasal show2 besar.
asik duk masak kat dapur je. hahahahahah

alhamdullilah, last2 gua pegi dengan joii and izzah.
geng dulu kala layan gig/show.

point sebenar citer ni, semlm mmg memories TERBAIK.
after years of waiting for the used, AKHIRNYA DORANG DATANG!
and they looked diff, line up semua dah gemok and botak! hahah
but they're stilll pretty fit and tight bila main!!
semalam set lagu pun banyak dari first two album..
memang RIOT!! dah la hujan lebat gila.. one of the best!

ayat fav BERT semalam : SEMPOI, hahah
"this is one of the greatest song ever written.."
intro utk setiap lagu.. hahahah

semalam, how i wished gua boleh tangkap gambar..
i was so fucking near to the stage, tapi hujan lebat braahh,
basah camera, naya.. takpe, the memories remains forever in my mind.

harini, badan gua sakit2..
semalam lompat kinja2, kena tolak/belasah bagai..
dengan suara lagi hilang, but it was fucking worth it!!

and BERT, pinky promised (cute kan? pinky promise do dia sebut)
that he/they will see us real soon. weii tak sabar weii!!
well, we'll be waiting!!

ps : dear rockaway, foo fighters next year perhaps? hihihi :)

photos credit from fb rockaway fest.

Bert & hujan. awesome.

Dan, one of the sexiest beast alive. mata dia fuh fuh fuh

ps : gambar dari camera phone gua memang *&*(^&*%%. CLEAR, TERBAIK!!

Monday, September 12, 2011

Raya 2011

*balik terengganu
*balik ipoh
*jalan-jalan penang

= demam, batuk, selsema, sakit kepala KAW KAW!!

nanti update! *kalau rajin

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri

selamat hari raya kepada semua.. :)
maaf zahir dan batin..

salam ikhlas,
Wanie & Fairuz.

Friday, August 26, 2011

janji

just promise me only one thing, would you?
dont ever make me promises.
promises promises - incubus

mengharapkan yang terbaik.


Thursday, August 25, 2011

...........

-jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu, insyallah-

berdoa diri ini akan sentiasa dilindungi dari
sebarang malapetaka dan niat jahat.
amin, ya rabbalallamin.

semoga Allah memberikan ketenangan pada hati ini.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa / Raya 2011

baru 2 hari puasa kan?
tapi dalam 2 hari ni dah abis rm80 beli kuih shj..
KUIH sahaja.. bila tgk2 balik tatau beli kuih apa..
dan selalunya memang tak abis..
nafsu gila2 kot.. heeee.. buruk perangai..

so dah berjanji pada diri sendiri MULAI HARI INI
saya tak akan membazir duit membeli bukan2 sampai hujung minggu

lepas tu baru beli balik. itupun ala kadar.
kena beringat. heheheheh

************************************************

ok masuk kes raya pulak..
hal-hal baju raya ni sebelum puasa lagi dah settle..
malas nak berlaga2 bahu shopping time puasa..
letih pun letih.. so siap awal, boleh relax2..

satu hal lagi, kes duit raya..
hadoii.. cousin2 yang kecik2 ni berderet weii..
tapi rasanya this year tanak bagi duit raya..
kita tukar style!!

kita main angpow misteri..
jeng jeng jeng jeng.. apa itu angpow misteri???
nak tau?? kita tunggu time raya nanti...

rasanya angpow misteri lagi meriah!!!
hee tak sabar tahun ni nak beraya!! yay yay yay!!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubaraq 1432H

salam ramadhan kepada keluarga dan kawan-kawan saya..
selamat berpuasa semua!!


ps : tahun kedua berpuasa sebagai seorang isteri.
one of the best feelings in the world!! :)

Friday, July 29, 2011

bola semalam 280711



ok sementara memory gua still lagi fresh,
gua nak citer2 sket pasal bola semalam..

macam yang semua pun tau, kita seri semalam,
tapi kalah dengan agregat 6-4..
walaupun kalah gua tetap PROUD dengan HARIMAU MALAYA..
dorang fight sampai habis, walaupun bagi gua
semalam ada cacat cela sikit..
tapi gua akui singapore players memang hebat..
HEBAT BERLAKON macam PORK-IMAK!!!

dan seperti semua sedia maklum, hero gua SAFIQ RAHIM
tak main semalam sebab kena card merah masa 1st leg..
tapi hero sebenar untuk game semalam : APEK & SAFEE..

sebelum kick-off bulu roma gua meremang sebab 1 stadium
menyanyikan lagu NEGARAKU.. proud to be MALAYSIAN dude!
semalam gua pergi stadium dengan kawan-kawan.. RAMAI SIOT!!
dapat seat pun best gila, seat tengah2, 2 row dari padang.. PUAS HATI!!
duduk antara gendang2 ngan ultras malaya, memang HAVOC!!!

apa2 pun, gua tetap nak cakap congrats to our team..
menang kalah belakang kira.. :) boleh try lagi pe next time..
INSYAALLAH!!!

ps : nasib baik kepala gua tak kena botol semalam. sikit lagi do..
kesian budak depan gua.. kaw2 punya.. botol air oren lagi.. hihihi

hahah crazy dude.. but entertaining.. :) (attention seeker)



tapi yang ini style jugak, dua2 lipat tapi dua2 tak kena.. hihih sayang2..

Thursday, July 28, 2011

ber-bukit jalil harini

harini straight daripada office to bukit jalil..
untuk menyokong harimau malaya..

kalah menang belakang cerita..
tapi harapnya harimau malaya dapat kalahkan SINGApura-pura

walaupun hero gua SAFIQ RAHIM -hello handsome- tader malam ni,
tapi gua tetap datang demi harimau malaya!!

hee tak sabarnyaaa..

************************************

ps : gua tak pegi incubus. melepas. frust tonggeng2 punya!
mtv world stage pun gua tak pegi walaupun dah ada tiket..

Wednesday, July 20, 2011

ticket ticket

dengar citer ticket incubus tak beli lagi,
dah sibuk tiket malaysia vs singapore khamis depan..
haaa pe citer ni? aritu ye ye benar.. heheheh

tapi tickets mtv world stage dah ada.. (kot)
thanks amin!! (in advance) hehehe :)

Monday, July 18, 2011

Liverpool Asia Tour 2011



memula THANK U MS AIFAA sebab bagi kitaorang free tix!!
kitaorang dapat seat paling best dalam stadium!!
thank u gaklaa standard chartered.. hehehe

nways pegi liverpool temankan husband. dia yang beria.
tak kuasa gua nak beria tgk liverpool. hihhihihi..
macam semua orang tau result dia 6-3.
harimau malaya played really well. GOOD JOB guys!!

safiq rahim punya freekick - pergghh gua cakap!!
safee sali - memang HEBAT!!



ps : i'm a red devils. icydk! :)

Wednesday, July 13, 2011

patut la

senang cerita sebab sama-sama no 9 rupanya..

Friday, July 8, 2011

bong #2

si bong ni manja gila.
nak tido kena didodoikan.
haa yg tepi sipi2 tu botol susu dia.



kadang2 nak kena berpeluk macam ni..
kalau tak, dia akan buat perangai..
cam kena sawan.. ngade2 gila..

tatau la umur si bong ni berapa. tapi yang pasti memang baby lagi.
jalan pun terketar-ketar. makan pun tak pandai lagi.
kalau nak bagi dia makan kena lenyek sampai hancur pastu suapkan.
bong ni banyak minum susu. gua belikan susu dutch lady
untuk 0-6 months punya infant.

gua sayang gila kat bong ni!!

Wednesday, July 6, 2011

BONG!

meet my latest addition to the family, BONG!!
this is the 5th monkey kitaorang bela..

last 4 monkeys ayah dah lepaskan sebab dah besar..
dah ada taring, and a bit ganas.. walaupun manja..

BONG is still a baby.. very fragile.. manja gila ok!!



Tuesday, July 5, 2011

Ipoh lagi dan lagi

last week saya dan suami amik cuti dari khamis untuk balik ipoh..
sebab suami saya selalu complain yang dia selalu tak puas kalau
balik ipoh, kejap sangat katanya..

so yeah kitaorg balik kali ni sebab mother in law kurang sihat
dan macam biasa jugak, suami saya ada show :
Ipoh Loudblast Anthem 3, Kepura Cave, Lost World of Tambun..


tapi kali ni balik ipoh kami kena perdajal..
tatau apa salah kami atau dosa kami..
siapa yang dengki pun kami tatau..
ada BINATANG calarkan kereta kami..
sikit2 boleh diampun, ini satu kereta..
melayang almost rm1k untuk cat balik..
tak boleh polish, sebab scratch terlampau dalam..
untuk pencalar/pendengki :
TUHAN BAYAR CASH JE SEKARANG.. LU TUNGGU SANA DIAM2.


sepanjang saya di Ipoh, saya tau ada shooting film Rock 2,
arahan Mamat Khalid. ye...
saya ada terjumpa dengan dia di gig & sekitar Ipoh..
tapi dia tak penting sebab.......
dalam masa yang sama saya jumpa PEKIN IBRAHIM.
huiyyoooo handsome gilakk weii gua cakap sama lu..
ni SETH TAN ke-2 bagi gua.. HE IS SUCH A HOTTIE!!

hehe, yeah anyways, hopefully balik ipoh kali ni, husband saya puas..
selain dari dapat chill-out dengan kawan2, dapat jugak memancing..
*gila aa hobi baru, balik ipoh pun sibuk nak fishing*

Wednesday, June 29, 2011

pening jugak sebenarnya

setelah diberi perhatian beberapa ketika,
nampaknya kalau bab shopping atau pilih memilih ni,
CEREWETnya perangai dianugerahkan kepada SUAMI SAYA.
ye ulang tulis SUAMI SAYA. SUAMI : LELAKI.

saya yang perempuan ni pun kalau bab shopping jauh lebih senang.
dan sebenarnya saya KURANG suka ikut suami saya shopping.
LETIH KAKI MAK BERJALAN. PENAT. boleh naik marah. hehehe

anyways sebenarnya, baru-baru ni suami saya sibuk nak beli motor.
senang nak pegi balik keja katanya. saving sikit.
lepas satu satu dia tengok.. satu masa dok gila KTM..
pastu nampak KLX.. pastu ORION pulak..

- Orion RX-36 Extreme-

haa pastu sekarang ni dok gila D-Tracker..

- Kawasaki D-Tracker-

pening dibuatnya. nak pesen scrambler.. aduihh..
senang citer, lu beli je EX5 yang..
kata nak buat balik keja kan? haaaaa.. hahahahahahah


tapi insyallah yang, kalau gua ada rezeki nanti..
gua belikan lu hyper motard atas ni, tanda kasih sayang..
tapi ingat lepas2 tu sampai sudah la gua tak belikan lu pape dah..
hehehehehe.. love u!!

dan sila decide cepat-cepat nak yang mana.. :)

Wednesday, June 22, 2011

KLMJ - tak ingat keberapa kali dah tajuk sama..

dari zaman hingusan sampai sekarang..
still suka. hahaha.. :)

Monday, June 20, 2011

mohd fadhli farid @ tom

heard the news from anep..
dia cakap kau dapat sakit yang dulu..
sangat terkejut, sebab last trip kita ramai-ramai
to kuantan, kau nampak sihat sangat..

- May 2011, trip to Kuantan-

hopefully this time kau dapat treatment yang betol..
we will pray for you tom..
please, get well soon..

insyallah.

Wednesday, June 15, 2011

kalau gua, gua dah pengsan.

serious gua tak tipu.
yang kecik macam kat rumah pun dah histeria,
ini pulak yang saiz macam ni. gila!



dan gua tak rasa video ini KELAKAR.
TIDAK SAMA SEKALI.

dino

terima kasih dino dari CF.
kalau you tader, i pun tatau macam mana.
sayang dino!!

vote dino for president!!
*ok tak pasal-pasal yang ni

but really, thanks a lot dude. :)

nanti la update panjang-panjang

last weekend :

on saturday : my friends buat surprised birthday party for me! best gila!!!
on sunday : bean dah kahwin!! yay... wedding bean pun sumpah best gila!!

ok ni dua cerita akan diupdate nanti.. sekarang tengah poneng! hehe

Friday, June 10, 2011

1st time siang ikan

al-kisahnya, suami saya pergi memancing kat kenyir selama 5 hari..
ntah kenapa sekarang jadi kaki pancing pulak..
abis kalau dah 5 hari pegi memancing, takkan tak bawak balik ikan kan?
selama 5 hari memancing tu dapat la dia bawak balik kelah, lampam & baung..
ada la puluh ekor jugak.. jadilaaa..

jadi gambar diatas ni merupakan beberapa ekor ikan yang harus saya
siang, untuk dimakan suami isteri..

berpeluh dingin gua nak kena siang ikan ni..

sepanjang 26 tahun bernafas, ini baru pertama kali saya siang ikan..
mama kata, kalau tak belajar dari sekarang, sampai bila tak pandai..
aduhh pekat!! bukan apa, sebab sekarang ni kan dah mudah..
pegi je pasar, pilih2 ikan pastu "bang, tolong buang perut ikan sekali eh"
settle kerja wehh.. tapi itulah, kalau dah dipancing kat sungai,
celah mana pulak orang nak tolong siang.. kan?? so...... tup tap tup tap..

haa jeng jeng jeng, hasil ikan yang saya, ulang kata SAYA SENDIRI siang..
tader la hancur ikan tu.. terror jugak..

*oh haa ikan baung ntah kenapa gua tak boleh nak siang, meremang segala
bulu yang ada.. rasa cam geli geleman pegang ikan tu.. ntahlaaa*

heh berkipas jugak laa nak siapkan 4 ekor ikan ni.. siap masak segala!
yang kelah, suami saya suruh masak berlado..
yang lampam, saya goreng garing je..
terlampau sedap makan sampai lupa nak tangkap gambar masakan..
hehehe..

haaa yang bersusun2 ikan atas ni kebanyakkannya ikan lampam..
sipi2 je nampak kelah.. belida baung semua tak masuk kamera..
kalau nak tengok gambar2 lain boleh check-out facebook suami saya..

ps : gua dah pandai siang ikan weii.. *pat myself on the back* hehehehe

Tuesday, June 7, 2011

happy birthday...

to me..


thank you semua yang wish.
sayang korang!!
tahun ni paling boring.
demam tak boleh nak celebrate beria.
boring boring boring boring boring..

Monday, June 6, 2011

why?

demam.
sakit tekak.
hingus-hingusan.
batuk.

esok birthday gua.
jadinya, malam ni taleh nak berdinner2, ber-romantic2.

boring!


Friday, June 3, 2011

demam.

sebab rindu teruk.
cepatla hari esok.

Wednesday, June 1, 2011

terbaik!

balik dari kuantan aritu kena saman kat Lanchang..
terbaik!! saman depan muka punya..

cuma, saman ni takde discount..
tapi kalau tader discount boleh tak bayar secara ansuran?
secara 6 kali bayaran ke? khakahhahkha

mesti tak boleh la tu kan?
adoii...

Tuesday, May 31, 2011

ada orang nak pegi kenyir..

so gua kena tinggal 5 hari..
duduk sorang2.. malam-malam pun sorang2..

first time berjauhan lama2..
kenyir tader coverage pulak tu..

sedihnyaa..rasa macam nak menangis.. :(

Congrats & Happy Birthday....

congrats to Amy & Layla on their newborn baby boy..
tapi jauh gilaaaaaa nak tengok baby.. bring him back to KL!!
nama Ahmad Oleoleng ke mie? hehehehe..
yay!!


and Happy Birthday to Ameng..
weh banyak kali siot aku wish kau..
merata-rata.. ni kena belanja aku ni.. :)
yay!!

Selamat Pengantin Baru

selamat pengantin baru dear Kiky & Aser..
semoga jodoh berkekalan dan semoga dikurniakan anak-anak yang comel..
heh, satu geng sekarang, tunggu jaja pulak..

I LOVE YOU BESTFRIEND!

Thursday, May 26, 2011

Hard Rock!!

semalam, suami gua dapat call dari kawan dia..
"pung pang pung bla bla..hardrock,aku datang punya bla bla"

tetiba, "yang, ahad malam ni kita tengok concert ehh?"
gua " kat hardrock tu ke? sape main?"
suami " MAY, Sofea dengan sape ntah lagi satu Abu cakap.."
gua " MAY? Sofea?....." *telan air liur*

haa so tak pasal-pasal laa ni ahad ni gua akan ke Hardrock
layan MAY 25th Anniversarry Celebration Concert..
haa boleh laa.. sib baik MAY, halwa telinga ni boleh serap lagi..


ps : tapi yang, gua punya ticket incubus lu janji beli, mananya?? iisskk

*********************************************

update (31/5/2011)

  • plan nak dinner kat HRC sebelum concert takdpt, sebab penuh..
  • concert MAY lama gila.. siapa yang suka rasa puas la kot..
  • pegi dalam keadaan penat, sbb br lepas balik dari kuantan..
  • band SHEWOLVES.. power nak mampos drummer dia!! *tepuk tangan kuat2*
  • ada 3 *maskot anw* version perempuan perangai cam babi dalam HRC..
  • Abu main gitar serious naaaaaa.. mak aihh! hehehe
overall ok laa 25th Anniversary Concert May tu.. layankan je la Mr. Pewosh...

Monday, May 23, 2011

al-fatihah

al-fatihah buat semua mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di
Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al Taqwa..

sedih dan pilu rasa hati tengok news pasal anak-anak yatim ni..
sesungguhnya syurga adalah tempat mereka..
amin~


Thursday, May 19, 2011

tips nak avoid jadi victim acid splasher!!

semua orang pun tau pasal psycho yang main simbah2 asid ni kan?
serious dia ni menakutkan... sampai nak berjalan sikit pun,
even nak pegi kedai depan rumah pun rasa takut..

ramai sangat orang yang sick sekarang ni..
nways, i received an email from a friend,
dalam tu ada tips2 untuk mengelakkan jadi mangsa acid splasher ni..
and i would like to share it with you!

  • Always walk facing against the traffic: So that the serial acid splasher will not attack you from the back. Besides that by walking against the traffic you will have a better chance of avoiding anyone who looks suspicious to you.

  • Avoid walking by the side of the road: If possible don't walk at the side of the road at all if it is unnecessary. You will be exposed and make yourself easy target for this serial acid splasher. Walk near the building where there are crowded people.

  • Always bring along an umbrella: This might sound crazy...but I suggest that you bring along a huge umbrella with you. So whenever you see someone suspicious approaching you, immediately open that umbrella to shield yourself from any possible attack. Yes! Just open it even though it is not raining. Best of all use the umbrella all the time. Moreover your umbrella can be a potent weapon for you to defend yourself in dangerous situations.

  • Inform the police of any suspicious motorcyclist: Banking on our lazy and inefficient Malaysian police alone is not enough. So the moment you see anyone riding a bike with dark complexion and looks suspicious...immediately take down the number plate and inform the police to come over as soon as possible. Who knows? Your information might lead to the nabbing of this serial acid splasher!

  • Put on more clothes: I know the weather is scorching hot right now. But putting on an extra jacket or vest might buy you some time to escape the devastating acid if *touch wood* you are being splashed!

  • Don't go out at all: No matter where you go, try not to walk...at all. If possible don't even go out if you don't have any transport, preferably car. It doesn't matter if the sundry shop is only 50 metres away from your home...you don't want to risk being splashed with acid right? So ask your parents, husband or other family members to ferry you around if you can.

  • Use as much water as possible: Water is the best remedy to counter the corrosive acid. The moment someone is being splashed with acid (either it is you or other victims), pour as much water as possible onto the affected body parts especially the eyes. Keep on pouring a large amount of water to dilute the acid. Keep on doing this until the acid has been diluted and washed away. So I suggest all of us to bring a water bottle all the time.
NOTE : All of us must be on our toes from now onwards. We must work hand-in-hand to track down this animal. This serial acid splasher is of dark complexion and he rides either a Honda EX5 or Yamaha bike with a basket in front. So you should be more careful when you see these 2 types of bike approaching you.

i need my piggy bank back!

this july :

1. wawan bertunang / holiday = Penang Trip

2. incubus If Not Now, When world tour - 23rd of July



3. 30 seconds to mars MTV world stage - 24th of July



haa elok la tu, wawan seminggu sebelum.. pastu concert selang sehari..
tader time nak bernafas.. tatau sempat ke tak nak kumpul duit..

ni yang memerlukan motto "bijak menabung"..
oleh itu mari kita menabung!! demi bulan July!! hip hip hureyy!!!

Thursday, May 12, 2011

susah kalau..

ramai orang bodoh yang suka tunjuk pandai..
betolkan? tapi yang kes ni takpe la lagi...
boleh dimaafkan..

dan ada jugak ORANG YANG JAHAT MACAM SETAN & BUSUK HATI CAM BANGKAI,
tapi boleh pura-pura BAIK GILA BABI LUAR DALAM MEMANG HABIS MALAIKAT..
haa yang ni kes kronik..

betolkan?
sbb gua rasa ada DEPAN MATA!!
heh, gua cakap je....... PEACE!

Tuesday, May 10, 2011

bergambar sakan

ntah kenapa satu haritu ayah ada cakap nak bergambar
in a proper way for family potrait..

katanya nak frame sebesar2 alam nak gantung kat rumah..
pelik jugak, jangan buat tebiat sudah..

so secara tak disedari, ahad lepas telah berlansung secara jayanya
acara photoshoot family dirumah..

obviously laa nak letak gambar tu kat sini kan? banyak gila shot yang cantik,
tapi ada a few yang menjadi favorite gua.. diantaranya :


- macam gambar hari raya -




- my favourite, i love u sayang! @ boleh buat gambar kad raya, hehe -



haa ni gambar candid.. pun my fav.. ayah tengah sakat mubaraq..
hahahah kelakar weii time ni..


thank you kawanku Arie Abu Bakar diatas kesudian dikau melayan kami..
gambar cantik-cantik.. gua suka gila weihh!

checkout Arie Abu Bakar @ bungastudio.com !!!

Wednesday, May 4, 2011

KLMJ

:)

jangan benci tanpa sebab

satu malam tu ada borak-borak dengan suami..
ceritakan hal yang lepas-lepas..

tetiba suami berceritakan tentang seseorang..
dengan laju mulut saya pun berkata "oowwh cutting muka beruk laa"..

suami saya kata "ehh tak baik la awak cakap orang mcm tu.."
saya katalah "oowwh marah orang cakap mcm tu"
tapi itu laa kenyataan..

so ntah macam mana klik sana klik sini, tanpa diduga,
akhirnya terjumpa laa seseorang yang diceritakan suami tu..
tetiba rasa bersalah sebab cakap macam tu dekat seseorang tu..
so secara officialnya disini saya nak mintak maaf dan saya tarik
balik apa saya cakap tu.. *walaupun dia tak tau*

-jangan benci seseorang tanpa sebab- :)

Tuesday, May 3, 2011

baca ni weii

nak cakap ni je :

heeee tak abis2 la lu ni..
ada je cerita baru pasal lu..
tader kerja ke asik nak amik tau pasal gua..
terasa gua femes jap. mekasih la buat gua femes..

haa ok tu je.
lu tau lu siapa.
babi.

Wednesday, April 20, 2011

milky way galaxy - kuasa ALLAH s.w.t



dah cuba try link this video, but its not working..
i don't know what's wrong.. but you people MUST watch the video..
its just amazing!!

here's the link.. http://youtu.be/Rk6_hdRtJOE

*A photographer sets his camera atop Spain's highest mountain for a week - El Teide
*This was filmed between 4th and 11th April 2011

Friday, April 8, 2011

alhamdullilah

alkisahnya, dalam minggu lepas saya ada terbaca iklan makanan yang best!
jadi, saya telah poyo-poyo buat mengidam teringin nak makan udang..
*nasib suami saya layan* heheheh

jadi dengan itu, saya telah berjaya mengheret suami saya
ke victoria station.. teringin beno ler teman nak makan lobster.. hehehehe
udoh lame tak makan.. mmmmmm..


-muka garang-


-lobster & steak-



-one of the best sharkfin soup!!-

alhamdullilah, Allah masih mengurniakan rezeki buat kami berdua untuk menikmati apa yang diingini dan dihajati.. syukur!!

nasib baik

semalam pegi JJ beli barang sikit..
tetiba bila balik, nafas rasa macam semput..
terbatuk-batuk.. serious takut..
sebab dulu masa nak kena H1n1 camni la rasa dia..

tapi alhamdullilah bila malam sikit, okay terus..
*serious rasa nak tumbuk orang yang batuk tak tutup mulut
masa naik escalator tadi!!*
bodo bukan nak pikir ada orang ke tak kat belakang..

so kawan-kawan, sila jaga kesihatan ok?
and happy weekend!!

*esok kena ikut suami saya pegi memancing/picnic.... :(
*BOOOOOO-RING.. :( tihihihih

Tuesday, April 5, 2011

hmm

suami saya dah jadi kaki pancing...
ni yang teman tak beghape nok gemor ni...


mmmmmmmmmmmmm..


Saturday, March 19, 2011

kesayangan

budak nakal.. thaqifff..




Monday, March 14, 2011

EPL MASTERS

went to EPL MASTERS yesterday..
and i seriously think PATRIK BERGER is so hot and sexy..
with or without his long hair..


and for the record, i hate u eryana!! heheh (ok fb twitter blog text,dah!)
if you love me, u bagi je la medal yang dia bagi tu dekat i..

ohh haa thank you to aifaa and arie for the tixs!! thank u thank u!!




Friday, March 11, 2011

influenza a / h1n1

is back!!

baca paper hari-hari, ada je kes ILI (influenza like illness)..
mana ada takut.. sebab tahun lepas pernah kena, so bila virus ni datang balik,
jadi takut kot..

so untuk peringatan semua orang, sila jaga kesihatan..
dan paling penting jangan BATUK atau SELSEMA sesuka hati
tanpa menutup mulut.. JANGAN NAK JADI BIADAP!! :)

take care everyone!!

Monday, March 7, 2011

kekalahan teruk

ok jadi semalam man u vs liverpool..

dalam bilik saya ada 3 orang.. iaitu :

ayah & en. suami : menyokong liverpool
saya : menyokong man u (obvious bukan..??)

gol pertama liverpool.. suami saya bersorak sakan..
saya kata, relaks dude, jangan gopoh sangat.. baru 1

gol kedua liverpool.. ayah dan suami saya bersorak sakan..
saya jerit suruh dorang relaks.. alaa kabut btol penyokong liverpool ni..

gol ketiga liverpool.. saya buat2 tidur..!!!
ayah dan encik suami puas menggelakkan saya..

gol pertama pada minit terakhir man u..
saya : WOOOOOOHHOOOOOOOOOO!!! saya excited lebih..

pastu harini.......................................................
saya tak bekerja sebabnya semalam tidur lewat..
dan mogok man u kalah.. hahahahahahha

ps : bilik gua bersepah dengan serbuk2 kulit kacang weii.. buat onar btol laa 2 orang ni..

Thursday, March 3, 2011

sila dengar

band PITAHATI.

semalam pegi tengok dorang.
wow!! serious WOW!!
tatau nak kata apa selain WOW!!

ok ni link untuk check out band PITAHATI :



so maybe gua terlambat few years baru tau pasal pitahati, so.. what?? heheh check them out ya'll.. :)

ps : ntah kenapa ntah link appears to be broken katanya.. haa korang pandai2 laa serach sendiri kalau camtu ye.. :)

Monday, February 28, 2011

cicak buat hal..

menangis sedu sedan depan mak mertua sebab terkejutkan cicak yang melompat atas tangan dari bawah meja makan.. macam buat show circus..

malu oiiii.........

bodoh punya cicak, lemah semangat.. pagi-pagi terus hilang selera nak breakfast..


Wednesday, February 23, 2011

dhany.

baru dalam 2 3 hari lepas, saya tanya odey..
"deng, kau ada kawan dengan danny tak kat fb?"
odey jawab " tader... bla bla bla (tak ingat apa dia kata lagi)"

pastu harini bukak facebook, tetiba tengok ada friend request..
dhany.

DHANY?

dhany.. OMG danny!!!!!

sumpah terkejut, sebab baru tanya odey, tetiba dapat friend req..
macam tau-tau je.. and tatau kenapa teringat dia tiba-tiba..
allah tu maha kaya, sekarang terjumpa balik kawan yang dah terpisah..

dulu-dulu zaman sekolah banyak kenangan dengan danny.. haha rindu owh!!

Tuesday, February 22, 2011

mee kari MG

nanti bila sampai ipoh :

SAYA NAK MEE KARI MG.. lama dah kempunan..

ok tu je. sebab dah nak balik ipoh! tak sabar.. yay yay yay!

Thursday, February 17, 2011

kebenaran

cerita dia camni.
tadi pagi dapat call dari cousin, he's using 019.
so ok la. so just now ada orang call using 019.
tapi number tak kenal, so terus reject.
tapi bila dah reject, teringat.. eh ni number my cousin.
so i call guna my office num, and i tau dia tak akan jawab,
so i pun text him, cakap.....

my text (1): "oi angkat call! wanie!"

pastu i call lagi, dia reject pulak..

my text (2): "aihh main reject2 pulak.."

tetiba that 019 call balik.. so i pun terus jawab :

wanie : yoooooooo cikedo...
019 : cik wanie ye?
wanie : yoooo watsap
019 : saya shafiee ye buat panggilan dari maybank credit centre, nak tanya cik wanie dah dapat ke credit card cik wanie..
wanie : aaaaa.. awak bukan cousin saya ke? alamak sorry2 (ketawa dah tak boleh control)
019 : haa bukan.. tu la saya terkejut jugak dapat msg "oi..."

serious gua malu gila. yang teramat!! omg, maafkan saya encik shafiee!

realiti

terdiam seribu bahasa.
hati berkecai berpuluh ribu.


tapi untuk sekejap waktu je.
PASTI.

***********************

baru poyo-poyo nak sedih, dapat call dari apit,
terus gelak. terus lupa apa yang berkecai seribu tu.
kan dah dikata sekejap.

***********************

realiti.
zawani haniff, please faham.
jangan duduk dalam dunia sendiri.
keluar terus dan padam.

ingat, realiti.

Wednesday, February 16, 2011

hahaha

please la tak sangka ada quiz macam ni kat fb.. and tak sangka boleh take part.. hahahaha

weird

hahaha but i know my tricks are working!

damn you fools!!

February '11

1. congratulations, black & e on their engagement!! hip hip hooray! looking forward for your big day somewhere around this year (ramai betol beratur tunggu turn nak kahwin, hehe)

THE ONLY picture of black & e together. susah betol nak duduk sama-sama.


2. happy belated birthday faa!! entri ni lambat beberapa hari je. celebrated at concorde kl. birthday breakfast. something different for birthday celebration. I HAD FUN!! (walaupun bangun awal pagi.. hehe)

love you budak!


3. yang ni gua tak paham, gua tengah jalan-jalan sekali dia tahan mintak autograph, siap ada cameraman! hhihihihihihihihihihihihihihi.. perasan big time!

conteng belakang adam! hehe


4. ber-bbq husband & wife..

saja nak show off udang. hahah

Thursday, February 10, 2011

rupanya kan....

rupanya senang gila je nak pasang wiper kereta..

tapi sempat jugak la lencun dulu kena hujan baru boleh pasang wiper tu..
time2 hujan pulak wiper nak buat hal.. hujan kalau rintik-rintik shahdu takpe, ni mak aihh, macam nak siram pokok lajunya..

ok so sekarang, saya dah pandai pasang wiper sendiri.
ihihihihi.

Tuesday, February 8, 2011

apakah?

harini ada orang tu macam bad mood.
bila ditanya, dia kata ok je, tader pape.

tapi bila disms, reply pun pendek je.
bila call, suara serious je.

nak kata ada buat salah,
SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH rasanya tak ada..

semalam malam ok je, arini dah semacam..
hmmmm.. apakah weii??

Wednesday, February 2, 2011

akhirnya

" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing."

alhamdullilah akhirnya..
selepas sekian waktu baru nak ambik tindakan..

apa-apapun saya doakan keselamatan semua rakyat kita yang berada di sana sementara menunggu untuk dibawa pulang..

Monday, January 31, 2011

tadi gua ingat.. tapi gua dah membebel lain hal

tadi pagi masa tengah drive nak pegi office, memang gua ada terpikir satu benda yang boleh dijadikan entri untuk arini. tapi sekarang, puas dah gua fikir.. tapi gua tak ingat.. bila gua tak ingat macam ni, gua cepat stress.. kenapa la gua ni pelupa sangat????

____________________________________________

hmmm, tapi gua nak cakap satu benda..
sekarang ni gua tengok pagi-pagi yang jadi polis traffic adalah perempuan..
gua kagum! serious gua kagum!!

lagi satu, itu hari gua ada mengadap game cari benda tersembunyi..
gua main benda tu untuk 1/2 jam kot, gua memang betol2 mengadap..
focus abis nak cari benda2 tu.. tapi masa tengah main gua rasa loya..
gua pening-pening.. sumpah gua rasa nak muntah..
sudahnya gua berhenti, pastu gua baring sambil ada kekasih hati picit kan kepala..
pastu tertido.. gua pelik aahhh?

gua perasan, yang gua taleh stress la sebenarnya..
sakit kepala dia mak aihh.. boleh bawak muntah2..
ke darah tinggi? hmmmmm

____________________________________________

ok last last, semalam gua main futsal dengan kawan-kawan..
team gua :
  • apol (keeper)
  • podot
  • yusra
  • gua
team lawan :
  • wawan (keeper)
  • aifaa
  • kak kong
  • adik kong
tapi gua rasa gua bukan penat main futsal..
gua penat berlari sambil ketawa..
next week gua nak main lagi..
walaupun tak cukup orang macam semalam, gua tak kira!!

Friday, January 28, 2011

harini kan..

harini kan traffic sangat gila babi.
sebabnya polis tutup jalan..
sebabnya lagi, Le Tour de Langkawi nak lalu..

lagi pulak sebab harini gua yang terkena..
selalu ikut jalan potong tu, tapi satgi dah halfway jalan tutup..
SO GUA KENA PUSING JALAN JAUH GILA BABI PUNYA!!

isk isk isk..
confirm harini ramai lambat sampai office!!

Thursday, January 27, 2011

langit gelap


langit gelap dah 2 hari.
hujan je. syukur alhamdullilah.. sejuk sikit rasanya..

cuma baju semalam yang dibasuh tak kering lagi..
yang dicuci harini pun belum tentu boleh kering..
yang kat dobi tak siap lagi.. haa ACANE ACANE???

ingat nak beli dryer laa kat rumah tu..
kalau sehari kumpul RM1, nanti lama-lama dah boleh la tu beli..
usaha tangga kejayaan..
sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. ye kan?? ihihihih

*****************************************************
update

baru tadi post langit gelap..
alih-alih pusing belakang tengok langit dah cerah..
yay, alhamdullilah!! boleh kering baju..

ps : view dari office. :)

Wednesday, January 26, 2011

menyesal.

sebelum diteruskan dengan tajuk diatas, minggu lepas saya pulang ke terengganu sebab pakcik saya yang paling bongsu dan paling terakhir yang telah selamat dinikahkan dengan pilihan kekasih hati beliau. (perghh ayat..... macam buat laporan sekolah2 dulu). jadi alhamdullilah toki saya sempat tengok kesemua 11 orang anaknya selamat dinikahkan.. :)

-pakyol & nurul-

owh, balik terengganu kali ni jadi tourist jugak sebabnya terengganu dah banyak berubah, banyak tempat2 yang cantik yang dah diperbaharui. cuma yang tak best nya, telor penyu sekarang dah berharga RM50.00 untuk 10 biji. GILA MAHAL!!!!!!!!!

-salah satu spot di kampung cina-

-kesayangan-

balik kali ni duduk kat SUMAI SUITE APARTMENT. 1st time duduk sini. cantik sumai ni, kemudahan wifi dia pulak gila babi sampai dalam bilik pun dapat. harga yang sangat affordable. tapi kawan saya kata sumai ada hantu.. jeng jeng jeng.. alhamdullilah sepanjang 5 hari duduk sumai, tak ada gangguan pelik2. nyenyak je tido. nampak sangat sayalah HANTU sebenarnya. hehehe..

***********************************************

ok ok,panjang lebar weii tulis.. anywaaaaaaaaaaaaaaayss.. apa yang saya menyesal sangat tu ialah :

saya dah tonton filem khurafat. anda sudah?

ye serious saya menyesal. sebab saya masih lagi terbayang hantu2 dalam filem tu. sampai mandi pun bukak pintu toilet. ihihhiihih.. selalunya kalau hari kerja, pukul 645am saya dah siap dan sudah turun ke bawah untuk membasuh baju serta kemas (still belum dapat maid baru.. even paper harini pun kata susah nak dapat maid) apa yang patut sebelum pegi office, harini disebabkan cuaca yang gelap (pukul 7am still macam pukul 5am) saya jadi terbantut segala hal.. ye laa,ada ke patut dalam khurafat tu dia tunjuk hantu intai ikut tingkap? nampak mata je?? ADA KE PATUT????????????????

saya ni nampak je brutal, tapi kalau bab-bab hantu ni hati saya kecil.. hehehehe :)

Tuesday, January 18, 2011

2 hari je keja, yay!
esok cuti sampai isnin, suka ria!


*pastu nanti selasa nak kerja balik mesti malas*



heee tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, January 14, 2011

congrats

congrats to daktoi & janna on your first born baby boy!!!
yay!!!! nanti kami datang melawat k?

Thursday, January 13, 2011

pada pendapat saya :

1. jam (takut orang terbaca jam ni mcm JAM TANGAN @ JAM yang sapu kat roti)/kesesakan lalulintas pagi-pagi di mrr2 from taman melawati to ampang adalah disebabkan kawalan yang dibuat oleh polis trafik. sebab selalunya tanpa polis dia tak seteruk jam bila polis jaga.

- usually from melawati to ampang only takes 10-15mins drive depends on the driver, tapi harini 1 jam gua tersangkut. macam ......................................#$@%%$%^@



2. psychiatrist ada lebih gila dari orang yang mengalami masalah mental.

- sorry kepada sesiapa yang bekerja sebagai psychiatrist. ni just pendapat saya.



nanti saya tambah lagi kalau saya ada pendapat lain. setakat ni baru ni dua sebab ada mengena dengan kehidupan 3 hari lepas. OIT OIT saya tak pegi jumpa psychiatrist ye. SAYA TIADA MASALAH JIWA. itu hanya pendapat.

Wednesday, January 12, 2011

nampaknya

perbualan sejenak tadi :

iqbal : eh ROBOCOP orang no ke-3 terkaya di dunia ..
gua : hehehe. apa kau kata? hahah robocop?
iqbal : haah, ROBOCOP
gua : hahahha, bodoh.. kau tengok mana kata robocop kaya?
iqbal : bukan ROBOCOP la bodoh. ROBERT KUOK.
gua : ooooooooooo.. haa? no 3 terkaya?
iqbal : bukan laah! no 33.

apa yang gua cuba sampaikan kat sini ialah, nampak sangat sekarang ni gua pekak. nampaknya dah boleh la bawak2 membersihkan lubang telinga ni. :)

Monday, January 10, 2011

8/9 Jan 10

last weekend :

1. baru tau jalan nak pegi hotel vistana (gila ceruk)
2. baru tau ada tempat untuk picit kaki dengan orang buta (dan paling best tak ramai orang, jadi sangat selesa)
3. baru first time masuk petrosains. SUMPAH best! (tapi tak sempat habiskan semua, rushing sangat, next time nak pegi lagi)
4. first time makan kat al-rawsha lepas kena halau dari jalan damai. (gila cun siot)
5. pegi chocolate exhibition dekat midvalley (exhibition apa ntah, macam bodo.. tertipu)
6. sakit hati yang dipendam lagi.

Friday, January 7, 2011

hell...o

hello anonymous,welcome back.. :)